awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak

Bernama
Bernama
28/11/2024
20:45 MYT
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
MATRADE berkata, inisiatif itu menekankan komitmennya untuk memperkasakan PMKS Sarawak dalam pemasaran digital dan penjenamaan global. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) pada Khamis menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).
MATRADE dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, inisiatif itu menekankan komitmennya untuk memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Sarawak dalam pemasaran digital dan penjenamaan global.
Program tersebut bertemakan "Pemasaran Digital untuk Capaian Global," menarik lebih 50 PMKS daripada pelbagai industri di seluruh negeri berkenaan.
"Program ini bertujuan memupuk perkongsian pengetahuan dan kerjasama dalam kalangan peneraju industri untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam pemasaran digital dan penjenamaan global.
"Ia bertujuan memastikan daya tahan dan mendorong pertumbuhan melalui eksport dalam kalangan PMKS tempatan.
"Kerjasama strategik dengan Deloitte Consulting ini menghimpunkan pihak berkepentingan utama, termasuk pakar industri dan wakil daripada syarikat terkemuka merentasi pelbagai sektor untuk meneroka aliran baharu, cabaran dan amalan terbaik dalam pemasaran digital serta penjenamaan global," katanya.
Program penanda aras MTC berfungsi sebagai platform interaktif untuk PMKS mempelajari amalan terbaik dalam pemasaran digital dan penjenamaan global daripada MTC yang berjaya menyertai program pembangunan syarikat pertengahan (MTCDP).
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Mansor Shah Wahid berkata, program berkenaan bertindak sebagai pemangkin untuk menjalin perkongsian strategik di antara pengeksport mampan dengan PMKS tempatan bagi meningkatkan kehadiran global mereka, khususnya dalam pemasaran digital dan penjenamaan.
Beliau berkata, gabungan kukuh pemasaran digital yang berkesan dan penjenamaan global yang mampan akan memberikan hasil yang berjaya untuk semua pengeksport, termasuk PMKS Sarawak.
"Pengeksport Malaysia harus menggunakan strategi yang disasarkan untuk mengembangkan capaian global mereka dan mengoptimumkan hasil eksport.
"Pendekatan pasaran yang disesuaikan akan meningkatkan kedudukan daya saing mereka, meningkatkan pengiktirafan jenama dan memacu pertumbuhan yang mampan dalam pasaran antarabangsa," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Matrade
#pasaran antarabangsa
#daya saing
#PMKS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan