KUALA LUMPUR: Maxis bersama Omron akan mempamerkan Autonomous Mobile Robots di pameran Pengembaraan Pembuatan Pintar dan Kelestarian yang dikuaskan Maxis Business bersempena penganjuran SEMICON Asia Tenggara 2022.

Kilang yang dipasangkan robot itu didayakan LIVE 4G 24/7 untuk beroperasi tanpa henti dan hasilnya pengeluar dapat mengurangkan kos operasi sambil meningkatkan keselamatan dan produktiviti

Ia merupakan kerjasama pertama kedua belah pihak untuk membangunkan penyelesaian dan kes penggunaan yang dijalankan atas salinghubungan Maxis.

Ketua Produk Perusahaan Maxis, Selvakumar Rajasekaran berkata, Maxis komited untuk mempercepatkan transformasi digital rentas industri dan terus memacu penggunaan penyelesaian perusahaan dan inovasi merentas sektor ekonomi.

"Perniagaan harus berkembang secara digital untuk menjadi ‘perusahaan masa hadapan.

"Di Maxis, kami memainkan peranan penting dalam transformasi digital, melalui penyelesaian ICT kami, rangkaian penumpuan generasi baru dan perkhidmatan menyeluruh untuk membantu mereka mencapai hasil perniagaan yang diinginkan.

"Kami berbesar hati untuk menjadi penaja SEMICON Asia Tenggara dan pada masa sama menunjukkan peluang untuk terus menerajui IR4.0," katanya.

Selepas bekerjasama dengan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam perjalanan digital mereka, kumpulan itu menyediakan Maxis Programmable Network iaitu rangkaian perisian 3.0 yang diperakui MEF (Metro Ethernet Forum) bagi menyediakan perkhidmatan keselamatan terbaik.

Maxis Programmable Network membolehkan perniagaan mengukur permintaan kapasiti dengan tepat untuk memenuhi keperluan persekitaran IT yang berubah pantas sambil beroperasi pada prestasi tinggi yang konsisten.

Orang ramai boleh layari https://business.maxis.com.my/en/industries/manufacturing bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk yang disediakan berkaitan. - DagangNews.com