awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei

Bernama
Bernama
03/05/2023
14:42 MYT
Maybank naik kadar sehingga 25 mata asas mulai 8 Mei
Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini berikutan pengumuman mengenai kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Maybank akan menyemak semula kenaikan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini berikutan pengumuman mengenai kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) hari ini.
SBR dan BR Maybank akan dinaikkan daripada 2.75 peratus setahun kepada 3.00 peratus setahun manakala BLR akan disemak semula daripada 6.40 peratus setahun kepada 6.65 peratus, katanya dalam kenyataan.
"Begitu juga, SBR dan BR Islam akan ditingkatkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.75 peratus setahun kepada 3.00 peratus setahun manakala kadar pembiayaan asas Islam akan ditambah kepada 6.65 peratus setahun berbanding 6.40 peratus sebelum ini," katanya.
Sejajar dengan semakan itu, kadar simpanan tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaraskan ke atas berkuat kuasa 8 Mei ini.
Semakan terakhir kadar asas Maybank adalah pada 7 Nov lepas apabila ia dinaikkan daripada 2.50 peratus setahun kepada 2.75 peratus setahun berikutan peningkatan OPR pada kuantum yang sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#kadar asas
#OPR
#kadar dasar semalaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan