awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
Neelofa rasmi pemegang saham majoriti syarikat teknologi gaya hidup TheNoor
Pokok tumbang: ETS laluan Sungkai-Slim River kembali beroperasi guna satu landasan - KTMB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank perkenal ciri tambahan keselamatan 'Kill Switch' untuk sekat kad kredit, caj sementara waktu

Bernama
Bernama
10/04/2023
07:11 MYT
Maybank perkenal ciri tambahan keselamatan 'Kill Switch' untuk sekat kad kredit, caj sementara waktu
Ciri tambahan keselamatan baharu itu akan membolehkan pelanggan menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj mereka buat sementara waktu jika mereka mengesyaki kad mereka telah terjejas.
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) telah memperkenalkan ciri keselamatan baharu penyelesaian Kill Switch, sebagai tambahan kepada ciri penyahaktifan akses Maybank2u (M2U) yang dilancarkan pada akhir Januari tahun ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Maybank berkata ciri tambahan keselamatan baharu itu akan membolehkan pelanggan menyekat penggunaan kad kredit dan kad caj mereka buat sementara waktu jika mereka mengesyaki kad mereka telah terjejas.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Datuk John Chong berkata Maybank mahu berada di samping pelanggannya pada waktu yang mencabar ini dengan memperkenalkan penyelesaian holistik dalam pasaran yang merangkumi pelbagai sudut keselamatan perbankan dalam talian.
"Lebih-lebih lagi, pada masa kini yang mana penipu menjadi lebih berani dan kreatif dengan menggunakan cara baharu untuk mengatur taktik penipuan mereka," kata beliau.
Maybank berkata ciri baharu ini boleh diaktifkan melalui web Maybank2u atau aplikasi MAE dan setelah didayakan, semua transaksi keluar pada kad kredit dan caj yang disekat tidak akan diproses.
"Atas sebab keselamatan, setelah disekat, pelanggan hanya boleh mengaktifkan semula kad mereka dengan mengesahkan diri di cawangan terdekat atau melalui Khidmat Pelanggan Kumpulan Maybank di 1300 88 6688.
"Ini juga akan menghalang penipu atau mana-mana pihak yang tidak dibenarkan daripada terus mengakses kad mereka," kata kenyataan itu.
Maybank juga berkata lebih banyak ciri Kill Switch akan diperkenalkan pada masa hadapan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan Bank untuk meningkatkan keselamatan perbankan dalam talian untuk pelanggan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#kill switch
#Maybank2u
#ciri keselamatan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan