awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengawal keselamatan menyamar anggota polis didenda RM6,000
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini

Bernama
Bernama
19/02/2024
22:00 MYT
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata sejak pandemik, Maybank telah menyokong lebih daripada 18,000 PKS dari segi bantuan pembayaran balik pinjaman bernilai RM30.4 bilion. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menyasarkan untuk mengagihkan kira-kira RM18 bilion bagi pembiayaan PKS pada 2024, mewakili pertumbuhan 13 peratus untuk mempercepatkan lagi peralihan pelanggannya kepada masa depan yang lebih berdaya maju.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan bagi perkhidmatan kewangan komuniti Datuk John Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas, dengan RM5 bilion daripadanya adalah pembiayaan mampan, menjadikan jumlah pembiayaan untuk PKS berjumlah RM66 bilion dari 2019 hingga 2023.
"Kami menyediakan bimbingan pakar dan sokongan yang disesuaikan melalui alat praktikal, perundingan dan khidmat nasihat, kemudahan pensijilan dan akreditasi, serta pembiayaan untuk memenuhi semua keperluan perniagaan mereka yang diperibadikan," katanya selepas pelancaran Hab PKS myimpact oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Chong berkata sejak pandemik, Maybank telah menyokong lebih daripada 18,000 PKS dari segi bantuan pembayaran balik pinjaman bernilai RM30.4 bilion.
"Kami mahu menyokong PKS di luar daripada perbankan. Kami mahu menyokong mereka dalam kecekapan operasi, seperti membantu senarai gaji perakaunan dan menyelesaikan isu operasi.
"Kami mahu PKS beralih kepada kemampanan dan melibatkan mereka dalam lebih banyak inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus," katanya.
Hadir sama pada majlis pelancaran itu adalah Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Maybank dalam kenyataan berasingan bersempena dengan pelancaran itu berkata, Hab PKS myimpact adalah ekosistem bersepadu dan holistik sehenti untuk PKS, menawarkan penyelesaian berasaskan nilai yang diwujudkan berdasarkan prinsip lestari dan beretika.
"Ia juga berfungsi sebagai hab pengetahuan dan sistem sokongan untuk memudahkan PKS dalam peralihan mereka ke arah amalan lestari.
"Bank ini, bersama-sama rakan kongsi peneraju industri menyasarkan untuk memperkasa PKS di Malaysia bagi mencapai keseimbangan antara tanggungjawab sosial, kesan alam sekitar dan kemakmuran ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#PKS
#John Chong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan