awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

The Meditel lengkapi kemudahan Hospital Umum Sarawak, kini beroperasi sepenuhnya

Dagang News
Dagang News
05/11/2021
00:17 MYT
The Meditel lengkapi kemudahan Hospital Umum Sarawak, kini beroperasi sepenuhnya
Bangunan hotel yang dilengkapi dengan 160 bilik diberi konsep reka bentuk minimalis dengan beberapa kemudahan fasiliti, memudahkan pelanggan yang menginap di sana. - Foto DagangNews
KUCHING: “The Meditel” merupakan projek pertama di Sarawak yang diusahakan oleh dua gabungan syarikat swasta untuk menaik taraf Hospital Umum Sarawak.
Pengarah Serapi Cuisine Sdn Bhd, Mohd Fardzren Mohd Azizuddin berkata, terdapat beberapa kemudahan yang telah dinaik taraf bagi memudahkan kakitangan hospital dan juga orang awam iaitu, tempat letak kereta bertingkat, hotel, medan selera, dan beberapa buah kedai runcit komersial.
Menurutnya, tempat letak kereta bertingkat yang dilengkapi ruang parkir sebanyak 956 ruangan beserta sistem kawalan keselamatan 24 jam bagi memudahkan komuniti awam dan kakitangan hospital yang meletakkan kenderaan di situ.
Beliau berkata, bangunan hotel yang dilengkapi dengan 160 bilik yang diberi konsep reka bentuk minimalis dengan beberapa kemudahan fasiliti untuk memudahkan bagi pelanggan yang menginap di sana.
"Selain daripada itu, The Meditel telah menaiktarafkan medan selera yang dikenali sebagai Serapi Food Village yang berkonsepkan Masakan Tradisi Malaysia, dilengkapi dengan 200 kapasiti tempat duduk yang selesa dan beberapa jenis gerai makanan yang mempunyai pelbagai variasi masakan dari Semenanjung Malaysia,'' katanya kepada DagangNews.com.
The Meditel juga ada menyediakan zon runcit komersial yang dikenali sebagai Ceria Street Mall. Ia dilengkapi dengan 9 jenis kedai & beberapa kiosk, seperti Mama Family Mart, Sushi King, Taka Cake House, Sumiran Café, Yoffee Café, Halo Pharmacy, Secret Recipe, dan banyak lagi.
Dengan adanya kemudahan yang terdapat di The Meditel, ia dapat memudahkan urusan kakitangan Hospital Umum Sarawak dan juga orang awam yang berkunjung ke Hospital Umum Sarawak.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#The Meditel
#Hospital Umum Sarawak
#Serapi Cuisine
#hotel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.