Mekanisme bagi membantu pekebun kecil lada yang menghadapi masalah berikutan harga komoditi itu yang jatuh merudum, akan diketahui dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata mekanisme bantuan tersebut akan ditentukan oleh Lembaga Lada Malaysia yang dipengerusikan Larry Sng Wei Shien, merangkap Anggota Parlimen Julau.
"Saya serahkan perkara ini kepada Lembaga Lada Malaysia bagi menentukan bantuan yang bakal diberikan kepada pekebun-pekebun kecil yang terbabit," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Rengayan Anak Ngumbang di Nanga Ruyak di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita sama ada terdapat mekanisme bantuan sebagaimana yang disalurkan kepada pekebun kecil getah.
"Lada yang dihasilkan oleh pekebun kecil di Sarawak, khasnya di Julau, adalah yang paling berkualiti di dunia," katanya, sambil menambah, harga komoditi itu menghadapi kejatuhan berikutan persaingan hebat daripada Vietnam, Indonesia dan India.
Sehubungan itu, beliau mahu pekebun kecil lada sentiasa memastikan kualiti keluaran masing-masing berada di tahap yang tinggi.
Katanya pengimport terbesar lada dari Malaysia pada masa ini ialah Australia dan Jepun.
Untuk rekod, harga lada mulai turun sejak dua tahun lalu daripada sekitar RM450 per 100kg bagi lada hitam kepada hanya sekitar RM70 per 100kg.
Namun harga yang diambil peruncit di sesetengah tempat jauh lebih rendah iaitu antara RM40 hingga RM50 per 100kg.
Ini menimbulkan rungutan di kalangan pekebun kecil yang mahu kerajaan berbuat sesuatu supaya nasib mereka dibela dan harga lada dapat diperbaiki.
Ini merupakan lawatan pertama Dr Wan Azizah ke Sarawak sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 06 2018
Lada yang dihasilkan oleh pekebun kecil di Sarawak, khasnya di Julau, adalah yang paling berkualiti di dunia. - Gambar hiasan
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Kastam patahkan penyeludupan pelbagai komoditi bernilai lebih RM1.76 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia tumpaskan kegiatan penyeludupan pelbagai komoditi melibatkan sitaan bernilai lebih RM1.76 juta pada Ogos lepas.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Kerajaan giat promosi getah, bantu tingkatkan permintaan tempatan
Kerajaan juga telajh memperkenalkan Dasar Bahan, Barangan dan Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan.
Perubahan iklim beri cabaran besar kepada sektor komoditi
Perubahan iklim akan terus menjadi cabaran terbesar bagi sektor komoditi pertanian.
Industri minyak sawit dijangka catat prestasi lebih baik pada 2023
Beberapa faktor mungkin dikaitkan dengan jangkaan prestasi yang lebih baik, terutamanya permintaan yang lebih kukuh untuk minyak sawit.
Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran baharu dengan penerimaan global lebih besar - Zuraida
Minyak sawit Malaysia berjaya menembusi pasaran global baharu terutamanya di tiga negara iaitu, Estonia, Republik Czech dan Hungary.
Moody's: Prospek persekitaran kredit global diunjur lebih negatif tahun ini
Lonjakan kos tenaga dan makanan yang didorong oleh pencerobohan Ukraine melemahkan kuasa beli isi rumah.
Sekatan eksport komoditi: Indonesia tidak amal dasar protectionisme - Jokowi
Indonesia nafi mengamalkan dasar protectionisme susulan langkah sekatan eksport komoditi utamanya ke luar negara termasuk minyak sawit.
Malaysia sedia bekerjasama untuk pastikan komoditi pertanian terus berkembang - Zuraida
Zuraida berkata, Malaysia telah berada di barisan hadapan mempromosikan minyak sawit dan biojisim sawit dalam sektor pembuatan.
Industri tekstil negara berpotensi besar - PM
Industri tekstil negara khususnya fabrik unik dan kreatif seperti tenunan serta batik berpotensi besar untuk membawa negara ke persada antarabangsa dan menjadi komoditi menguntungkan.