Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) menjangkakan separuh kedua tahun 2017 akan kekal positif dan yakin mampu mencatatkan satu lagi rekod untuk tahun tersebut.
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Claus Weidner, berkata MBM telah menyimpulkan separuh pertama 2017 dengan prestasi yang kukuh, merekodkan jualan sebanyak 5,913 unit, dipacu oleh permintaan bagi Mercedes-Benz E-Class pemasangan tempatan (CKD).
"Dengan strategi yang berteraskan pelanggan serta produk tempatan yang menarik, MBM sudah pasti berada pada landasan bagi satu lagi rekod untuk tahun 2017," katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai prestasi separuh pertama syarikat di sini pada Khamis.
Katanya, syarikat yakin jualan 2017 akan mengatasi angka sebanyak 11,779 kereta yang direkodkan paa tahun sebelumnya.
"Kami menutup separuh pertama dengan Jun sebagai bulan paling cemerlang, seterusnya, mengekalkan penguasaan kami dalam segmen premium dengan bahagian pasaran sebanyak 2.3 peratus," katanya.
Naib Presiden Jualan dan Pemasaran MBM, Mark Raine, berkata model Mercedes-Benz C-Class berada pada kedudukan teratas dalam senarai jualan separuh pertama iaitu sebanyak 2,075 unit, diikuti oleh E-Class (1,358 unit), SUV (1,233 unit), kereta kompak (739 unit) dan S-Class (230 unit), manakala sebanyak 268 unit Mercedes-Benz Dream Cars terjual.
Syarikat itu telah melancarkan tiga model pada separuh pertama, E-Class CKD, GLA berwajah baharu dan barisan kereta AMG.
Pelancaran terakhir yang dinanti-nantikan dalam tahun ini merupakan E-Class 'plug in hybrid' CKD pada separuh ketiga yang dijangka akan menjadi penyumbang utama untuk MBM dan berkemungkinan bakal mencatatkan satu lagi rekod tahun pada tahun ini.
Sehingga sekarang, MBM mempunyai 31 wakil jualan dan menjadi pembiaya kereta terkemuka dalam negara dengan portfolio perkhidmatan sebanyak RM2 bilion, membiayai empat daripada 10 kenderaan Mercedes-Benz yang dijual.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2017
Mercedes yakin jualan 2017 akan mengatasi angka sebanyak 11,779 kereta yang direkodkan paa tahun sebelumnya. - Gambar fail
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Mercedes-Benz Malaysia mahu kembangkan jualan 2017
Jualan Mercedes-Benz Malaysia telah menokok sebanyak 15 peratus kepada 6,790 unit bagi separuh pertama tahun ini berbanding dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Mercedes yakin mampu catatkan rekod tahun terbaharu dalam separuh kedua
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd (MBM) menjangkakan separuh kedua tahun 2017 akan kekal positif dan yakin mampu mencatatkan satu lagi rekod.
Mercedes-Benz Malaysia akan pertingkat perkhidmatan kereta cekap tenaga
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd akan dapat meningkatkan perkhidmatan kenderaan cekap tenaganya (EEV) dengan pelancaran ibu pejabat bernilai RM74 juta, Wisma Mercedes-Benz, yang juga menempatkan Akademi
Mercedes-Benz cecah rekod jualan dengan 11,779 unit dalam 2016
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan sebanyak 11,779 unit pada 2016, naik sembilan peratus daripada 10,845 unit yang terjual dalam tahun sebelumnya.
Mercedes-Benz Malaysia catat jualan tertinggi dalam sejarah
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) mencatatkan rekod jualan tertinggi dalam sejarahnya dengan peningkatan 56 peratus bagi tahun 2015.