awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia tarik diri sebagai tuan rumah Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2026
Kementerian Perpaduan salur RM600,000 kepada 120 KRT perkukuh Program Satelit Komuniti MADANI
Ukraine sasar integrasi penuh dalam pasaran tenaga Eropah pada 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDF Amanah dijenamakan semula kepada MBSB Investment Bank

Bernama
Bernama
15/07/2025
07:51 MYT
MIDF Amanah dijenamakan semula kepada MBSB Investment Bank
MBSB Group menjenamakan semula MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MAIB) kepada MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), berkuat kuasa 10 Julai 2025.
KUALA LUMPUR: MBSB Group secara rasmi menjenamakan semula MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MAIB) kepada MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB), berkuat kuasa 10 Julai 2025.

Ringkasan AI
  • MBSB Group menjenamakan semula MIDF Amanah Investment Bank kepada MBSB Investment Bank berkuat kuasa 10 Julai 2025 sebagai langkah memperkukuh identiti bersatu kumpulan dan mempertingkatkan sinergi dalaman.
  • MBSB IB akan terus memainkan peranan penting dalam Perbankan Borong MBSB melalui perkhidmatan seperti perundingan, penyelidikan, broker ekuiti dan pasaran modal, termasuk penyusunan sukuk dan pembiayaan projek.
  • Bahagian penyelidikan pelaburan, MIDF Research, turut dijenamakan semula sebagai MBSB Research dan akan terus menyokong kumpulan serta komuniti pelaburan dengan maklumat pasaran dan wawasan ekonomi.

Langkah ini sebagai sebahagian daripada perubahan menyeluruh selain strategi penjenamaan bersatu kumpulan.
Kumpulan tersebut dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan penjenamaan semula berkenaan mencerminkan komitmen mereka untuk mempersembahkan satu identiti tunggal dan bersatu kepada pelanggan, pengawal selia dan rakan kerjasama.
Katanya, ini menandakan kekuatan dan tawaran yang meluas merentasi portfolio kumpulan.
"MBSB IB berdiri sebagai tonggak penting dalam Perbankan Borong MBSB bersama-sama dengan Perbankan Korporat dan Institusi, Pasaran Kewangan, Pengurusan Aset dan Perbankan Transaksi.
"Walaupun kerjasama merentasi liputan pelanggan dan penyampaian penyelesaian sudah pun kukuh, penjenamaan semula ini bertujuan mempertingkatkan sinergi tersebut dalam kumpulan," katanya.
Ia berkata MBSB IB akan terus menyumbang kepada pendapatan bukan pembiayaan kumpulan melalui kekuatan terasnya dalam bidang perundingan, penyelidikan, broker ekuiti dan pasaran modal termasuk penyusunan sukuk, pengumpulan ekuiti dan pembiayaan projek.
MBSB Group berkata bahagian penyelidikan pelaburannya, MIDF Research juga dijenamakan semula sebagai MBSB Research selain terus menyediakan maklumat pasaran dan wawasan ekonomi yang tepat pada masanya bagi menyokong kumpulan serta komuniti pelaburan yang lebih luas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MIDF Amanah
#MISB IB
#penjenamaan semula
#nama baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan