Skip to main content

Dunia

Polis Filipina failkan aduan jenayah terhadap bapa Meghan Markle

Foto Thomas Markle yang dikeluarkan Polis Daerah Pinellas di Largo, Florida. (Foto AP)
Foto Thomas Markle yang dikeluarkan Polis Daerah Pinellas di Largo, Florida. (Foto AP)
Advertisement

ISTANBUL: Polis Nasional Filipina (PNP) memaklumkan pada Rabu  bahawa pihaknya memfailkan aduan jenayah terhadap Thomas Markle Sr, bapa kepada Meghan, Duchess of Sussex, berhubung dakwaan pemilikan dan pengedaran bahan penderaan seksual kanak-kanak, lapor Anadolu Ajansi yang memetik akhbar tempatan.

Jurucakap PNP Brig. Jen. Allen Rae Co berkata aduan itu melibatkan pelanggaran Akta Antipenderaan atau Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak Dalam Talian (OSAEC) dan Akta Antibahan Penderaan atau Eksploitasi Seksual Kanak-Kanak (CSAEM), menurut GMA News Online.

Unit Lapangan Visayas, Pusat Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak memfailkan aduan berkenaan di Pejabat Pendakwa Raya pada Isnin.

Advertisement

Co berkata aduan itu akan melalui proses penilaian manakala penyiasat masih meneruskan pemeriksaan terhadap peranti digital yang dirampas sepanjang siasatan.

"Bukti tambahan boleh dikemukakan bagi menyokong aduan jenayah yang difailkan atau boleh digunakan untuk memfailkan aduan jenayah tambahan, sekiranya perlu," kata Co.

Advertisement

Markle, 82, menetap di Filipina selama kira-kira sembilan hingga 10 bulan bermula pada 2025.

Menurut laporan itu, pihak berkuasa menemui kira-kira 7,500 keping gambar dan satu video yang memaparkan kanak-kanak lelaki dan perempuan bawah umur berketurunan Asia, Latin dan Eropah daripada peranti yang dikaitkan dengan Markle.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement