awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus

Bernama
Bernama
14/11/2024
20:45 MYT
MIDF Amanah unjur pertumbuhan KDNK suku ketiga Malaysia pada 5.3 peratus
MIDF Amanah berkata, kemungkinan peningkatan juga boleh berlaku berikutan pemulihan yang lebih teguh dalam perkhidmatan, eksport dan kesan positif inflasi yang stabil. - Gambar MIDF
KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2024 dijangka berkembang pada 5.3 peratus tahun ke tahun dipacu oleh pertumbuhan berterusan penggunaan domestik, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd.
Bank pelaburan itu berkata, perbelanjaan pengguna terus berkembang walaupun peningkatan pertumbuhan perdagangan runcit menjadi sederhana kepada 5.9 peratus pada suku ketiga berbanding 7.4 peratus pada suku kedua.
Ini seiring dengan pertumbuhan sederhana sektor perkhidmatan pada 5.1 peratus berbanding 5.9 peratus pada suku kedua, berdasarkan unjuran awal KDNK, katanya.
"Dalam erti kata lain, pertumbuhan KDNK yang teguh tetapi lebih sederhana pada suku ketiga mencerminkan pertumbuhan perbelanjaan domestik yang sederhana. Secara keseluruhan, pertumbuhan yang mampan itu disokong oleh peningkatan guna tenaga, peningkatan pendapatan dan pemulihan dalam perbelanjaan pelancong," katanya dalam satu laporan.
MIDF Amanah berkata, kemungkinan peningkatan juga boleh berlaku berikutan pemulihan yang lebih teguh dalam perkhidmatan, eksport dan kesan positif inflasi yang stabil.
"Pertumbuhan KDNK juga boleh menjadi lebih lemah daripada yang dijangkakan, berpotensi diseret ke bawah oleh perbelanjaan domestik yang sederhana dan pengeluaran perlombongan yang lebih lemah.
"Melangkah ke hadapan, kami menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus didorong oleh perbelanjaan pengguna dan perniagaan yang semakin meningkat serta pertumbuhan berterusan dalam permintaan luar," katanya.
Bagaimanapun, firma penyelidikan itu juga berhati-hati terhadap beberapa risiko negatif terhadap prospek pertumbuhan Malaysia, terutamanya dari segi luaran seperti peningkatan semula inflasi global, pertumbuhan dan permintaan yang lebih lemah di China dan Amerika Syarikat serta peningkatan berterusan dalam ketegangan geopolitik dan perdagangan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#pelaburan
#MIDF Amanah
#pelancong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan