KUALA LUMPUR: MIDF Research mengunjurkan Indeks Harga Pengguna (IHP) inflasi keseluruhan menyederhana kepada 3.0 peratus pada 2023 daripada 3.4 peratus tahun lepas dengan tekanan harga yang meningkat daripada inflasi makanan dan peningkatan permintaan.
Dalam nota Economic Briefnya, ia berkata memandangkan harga komoditi masih di bawah paras tinggi tahun lepas, MIDF Research menjangkakan tekanan kos berkurangan, menandakan penyederhanaan selanjutnya dalam inflasi harga pengguna.
Jabatan Perangkaan (DoSM) semalam melaporkan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia menguncup pada kadar yang lebih pantas sebanyak 4.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023 berbanding penurunan 3.0 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Menurut DoSM, penurunan dalam IHPR bagi pengeluaran tempatan adalah disebabkan oleh penguncupan dalam beberapa sektor iaitu pertanian, perhutanan dan perikanan; perlombongan; dan pembuatan.
"Ini dijangka sejajar dengan deflasi IHPR yang lebih ketara dalam sektor utama, memandangkan harga komoditi yang agak rendah berbanding setahun lalu.
"Begitu juga, harga oleh pengeluar untuk bahan perantaraan, bekalan dan komponen menguncup sebanyak 1.6 peratus (Apr 2023: -0.1 peratus)," kata MIDF Research.
Firma penyelidikan itu juga menyatakan kenaikan harga pengeluar bagi barangan siap yang menyederhana kepada 3.0 peratus tahun ke tahun (Apr 2023: 3.5 peratus).
Pada asas bulan ke bulan, inflasi pengeluar menguncup 0.4 peratus (Apr 2023: 0.2 peratus tahun ke tahun).
"Kami percaya deflasi berterusan dalam harga pengeluar menjelaskan bacaan inflasi IHP yang lebih sederhana, yang perlahan kepada 2.8 peratus tahun ke tahun (Apr 2023: 3.3 peratus)," kata firma penyelidikan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023
Firma penyelidikan itu juga menyatakan kenaikan harga pengeluar bagi barangan siap yang menyederhana kepada 3.0 peratus tahun ke tahun.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
Indeks Harga Pengeluar terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi berikutan minat belian baharu
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.48 mata kepada 1,602.16 daripada 1,600.68 semasa ditutup semalam.
Bursa Malaysia dibuka tinggi menjelang data AS utama dikeluarkan minggu ini
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.57 mata kepada 1,640.19 daripada 1,635.62 ketika ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, ambil petunjuk positif Wall Street
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit terus menokok, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4380/4500 berbanding dolar AS daripada 4.4440/4505 semasa ditutup semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS ekoran pengambilan untung
Ringgit menurun daripada kenaikan minggu lepas untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan pengambilan untung, kata penganalisis.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.09 mata kepada 1,614.33 daripada 1,614.42 semalam.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.9 peratus pada April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus.