KUALA LUMPUR: MIDF Research menjangkakan pertumbuhan ekonomi Sabah berada pada momentum yang memberangsangkan bagi 2022 dan 2023, terutama disokong oleh sektor utama.
Cabang penyelidikan MIDF Amanah Investment Bank Bhd ini turut menjelaskan prestasi sektor utama Sabah iaitu pertanian dan perlombongan dijangka meningkat kukuh dipacu oleh pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.
"Kami mengunjurkan prospek cerah bagi ekonomi Sabah, terutama didorong oleh kenaikan harga komoditi global, pemulihan aktiviti berkaitan pelancongan dan peningkatan perbelanjaan infrastruktur," menurutnya dalam nota penyelidikan pada Jumaat.
Ia menambah, harga minyak mentah Brent dijangka mencatatkan purata US$105 setong bagi 2022 dan US$96 setong untuk 2023, manakala minyak sawit mentah (MSM) diunjurkan mencecah purata RM5,000 satu tan tahun ini dan RM3,500 bagi tahun depan.
Menurut MIDF Research, Sabah mempunyai pekerjaan pertanian terbesar di negara ini, dengan lebih satu pertiga pekebun negara bekerja di Sabah, manakala pekerja perlombongan di negeri itu menyumbang 11.2 peratus kepada pekerjaan perlombongan negara memandangkan rizab minyak yang besar terletak di Sabah.
"Bagi jangka panjang, kami berpendapat pasaran pekerjaan akan beralih sedikit ke arah pekerjaan pembuatan susulan pewujudan zon perdagangan bebas, penciptaan lebih banyak aktiviti hiliran dan peningkatan pelaburan asing di Sabah," tambahnya.
MIDF Research yakin dalam melangkah ke 2023, pertumbuhan pekerjaan yang lebih baik dapat direkodkan dalam sektor pembinaan terutama dengan projek Lebuhraya Pan Borneo dan pembesaran rangkaian jalan raya yang lain.
Sehingga September 2022, Lebuhraya Pan Borneo di Sabah berada pada tahap 65 peratus siap dan yakin 35 peratus kerja lain akan dilaksanakan pada 2023 dan seterusnya, jelasnya.
Di samping itu, pengembangan Kalimantan, Indonesia juga akan memberi manfaat kepada ekonomi Sabah, katanya.
"Cadangan pembinaan jalan untuk menghubungkan kawasan Kalabakan dan Serudong dengan Simanggaris, Indonesia yang berada pada peringkat awal akan meningkatkan kesalinghubungan yang lebih baik antara Sabah dengan Kalimantan.
"Pertumbuhan sektor pembinaan Sabah juga akan disokong oleh pelaksanaan projek infrastruktur lain seperti projek Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) fasa dua yang akan dimulakan tahun depan dan penyambungan semula pembinaan empangan Cinta Mata di Tawau," menurutnya.
Selain itu, sempadan antarabangsa yang dibuka semula sejak 22 April akan memulihkan aktiviti pelancongan Sabah dan keseluruhan sektor perkhidmatan, menurut MIDF Research.
Sehingga Julai 2022, Sabah menerima lebih 850,000 pelancong, daripada jumlah itu sekurang-kurangnya 90 peratus adalah pelawat domestik.
Pekerjaan berkaitan pelancongan dijangka meningkat secara berterusan, susulan pembukaan semula sempadan dan pemulihan ekonomi domestik yang kukuh.
Secara keseluruhannya, ekonomi Sabah diunjurkan berkembang 4.1 peratus setiap tahun dari 2021 hingga 2030, lebih tinggi daripada purata sebelum pandemik iaitu 3.8 peratus (2016 hingga 2019).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 21 2022

MIDF Research mengunjurkan prospek cerah bagi ekonomi Sabah, terutama didorong oleh kenaikan harga komoditi global, pemulihan aktiviti berkaitan pelancongan dan peningkatan perbelanjaan infrastruktur. - Gambar hiasan

Kampung Redang Panjang, Selama dilanda banjir kilat
Hujan lebat selama dua jam itu turut mengakibatkan air sungai melimpah ke jalan utama dan rumah berdekatan.

Cubaan Bunuh | Lelaki bersalah cuba bunuh Ratu Elizabeth dua tahun lalu
Seorang lelaki mengaku bersalah atas cubaan membunuh mendiang Ratu Elizabeth II, dua tahun lalu. Lelaki berkenaan dikenali sebagai Jaswant Singh Chail, 21 tahun ditangkap di Istana Windsor pada 25 December, 2021, ketika perayaan Hari Natal.

Pencemaran Udara | Bangkok, 42 wilayah lain catat Indeks Udara Tidak Sihat
Jerebu menyelubungi Bangkok dan 42 wilayah di Thailand pada Jumaat apabila skala PM2.5 direkodkan melebihi paras selamat iaitu 50 mikrogram setiap meter padu Wilayah yang terjejas termasuk Nonthaburi, Samut Prakan, Ayutthaya, Buriram, Chiang Mai, Chiang Rai dan Chon Buri.

Rusia-Ukraine | Ukraine bimbang kemungkinan serangan dari Belarus
Ukraine melahirkan kesangsian selepas pasukan tentera udara Rusia yang terlibat dalam latihan bersama tentera udara Belarus tidak kembali ke pangkalan tetapnya meskipun latihan itu telah tamat Rabu lalu. Latihan yang bermula 16 Januari itu mencetuskan kebimbangan Kyiv mengenai kemungkinan Moscow akan mendesak Minsk menyertai perang menentang Ukraine.

Krisis Rusia-Ukraine | EU bakal kenakan sekatan baharu terhadap Rusia
Kesatuan Eropah (EU) mengambil keputusan untuk mengenakan sekatan-sekatan baharu terhadap Rusia bermula 24 Februari 2023. Sekatan-sekatan itu merangkumi 10 tindakan antaranya mengenakan tambahan bagi harga siling buat produk-produk minyak keluaran Rusia.

Serangan | 21 maut dalam serangan di Sudan Selatan sebelum lawatan Pope
Sekurang-kurangnya 21 individu terbunuh dalam serangan bersenjata di Sudan Selatan sehari sebelum lawatan Pope Francis ke negara itu. Berdasarkan laporan media tempatan, mereka terbunuh dalam satu serbuan yang dilakukan individu bersenjata di ladang lembu di Kajo-Keji County di Equatoria tengah.

PRN Selangor | UMNO Selangor muktamadkan jumlah kerusi yang akan ditandingi
UMNO Selangor sudah pun memuktamadkan jumlah kerusi dan kawasan ingin ditandingi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung pada Jun ini, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.

Tenaga Kerja | Malaysia fokus tangani kenaikan kos pekerja asing
Kerajaan sedang memberi fokus dan mengambil langkah yang serius dalam memastikan usaha untuk membawa masuk pekerja asing ke negara ini berjalan lancar. Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, kerajaan juga melihat dan akan cuba menangani isu kos kenaikkan yang dikenakan oleh sebahagian agensi pekerjaan di beberapa negara sumber seperti Indonesia agar pekerja yang bakal memasuki di negara ini tidak terlalu dibebani oleh kos yang terlalu tinggi.

Terminal Laut Dalam | Tiada lesen diberikan
Ditanya mengenai projek Terminal Laut Dalam atau Deep Sea Terminal bersaiz 481.5 hektar di luar pantai Arai, Melaka, yang menimbulkan kebimbangan berhubung isu ekologi Loke mengesahkan pihaknya tidak memberikan lesen bagi projek berkenaan.

Isu LRT | Bukan sebab tiada pakar – Anthony Loke
Kementerian Pengangkutan menafikan dakwaan kekurangan pakar teknikal dalam kalangan anak tempatan jadi punca beberapa perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sering rosak dan gagal diperbaiki. Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, kenyataan sedemikian tidak tepat dan dibuat secara umum, serta tidak mengambil kira punca sebenar masalah.

MIDF Research unjur pertumbuhan ekonomi Sabah kukuh
Sektor pertanian dan perlombongan dijangka meningkat kukuh, dipacu oleh pembukaan semula ekonomi dan kenaikan harga komoditi.

Ekonomi Sabah kekal berdaya tahan, rekod kutipan hasil tertinggi RM5.45 bilion
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata status ekonomi Sabah pada ketika ini kekal berdaya tahan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Sabah terus jadi pilihan pelabur - Joachim
Sabah kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan apabila menerima suntikan pelaburan asing dan domestik sebanyak RM4.47 bilion tahun lalu.

Pembukaan sempadan bantu pulihkan ekonomi Sabah - Hajiji
Pembukaan sempadan negara pada 1 April ini dilihat bakal membantu memulihkan ekonomi Sabah yang terjejas teruk akibat penularan COVID-19.

Sabah lulus tambahan Bantuan Prihatin COVID-19 RM160 juta
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet mingguan kerajaan negeri hari ini.

Ulang alik 40km setiap hari untuk berniaga, Siti Hajura tidak pernah lelah
Siti Hajura akur dalam perniagaan ada pasang surutnya, lebih-lebih lagi ketika dunia masih bergelut melawan musuh tidak nampak - COVID-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi penting pacu pertumbuhan ekonomi Sabah - Dr Rafiq
Sektor pelancongan yang merupakan antara sumber utama pendapatan kerajaan negeri menerima kesan daripada wabak COVID-19.

Tuduhan Sabah mundur, termiskin tidak berasas - Musa Aman
Tan Sri Musa Aman berkata tuduhan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Sabah negeri mundur dan termiskin adalah suatu yang tidak berasas sama sekali.