awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus

Bernama
Bernama
15/08/2024
15:30 MYT
MIDF unjur KDNK suku kedua 2024 Malaysia berkembang 6.1 peratus
Bank pelaburan itu turut berpandangan momentum pertumbuhan akan berterusan sehingga separuh kedua 2024, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang kian meningkat dan eksport semakin pulih. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2024 pada sekitar 6.1 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pertumbuhan kukuh sektor perkhidmatan.
Dalam nota penyelidikan pada Khamis, bank pelaburan itu menjelaskan perbelanjaan domestik kekal teguh dan permintaan dalam negara juga tetap sebagai pemacu utama yang menyokong momentum pertumbuhan mampan pada suku itu.
Perbelanjaan pengguna terus meningkat seperti ditunjukkan oleh kenaikan perdagangan runcit yang lebih tinggi, meningkat 7.4 peratus tahun ke tahun pada suku kedua 2024 berbanding 5.2 peratus pada suku pertama 2024, pengembangan paling cepat dalam tempoh empat sukuan, jelasnya.
"Faktor lain yang akan memacu pertumbuhan KDNK melebihi 6.0 peratus tahun ke tahun ialah kemajuan yang memberangsangkan dari segi kerja pembinaan dan pengeluaran yang lebih tinggi dalam sektor pembuatan dan perlombongan.
"Pemulihan eksport juga akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK suku kedua 2024 namun, kami menjangkakan tiada sebarang rangsangan besar daripada eksport bersih memandangkan pertumbuhan import adalah lebih tinggi," tambahnya.
Bank pelaburan itu turut berpandangan momentum pertumbuhan akan berterusan sehingga separuh kedua 2024, disokong oleh aktiviti ekonomi domestik yang kian meningkat dan eksport semakin pulih.
"Namun begitu, kami berhati-hati dengan beberapa risiko negatif terhadap unjuran pertumbuhan Malaysia.
"ia mungkin timbul daripada kemungkinan pencepatan semula inflasi dan ketidaktentuan daripada sektor luaran seperti pertumbuhan lebih lemah di China dan Amerika Syarikat selain ketegangan konflik geopolitik," jelasnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDNK
#Inflasi
#pelaburan
#MIDF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan