PUTRAJAYA: Kementerian Kewangan menyerahkan kepada Bank Negara untuk mencari remedi bagi mengukuhkan kembali nilai ringgit yang melemah akibat permintaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan had siling hutang negara.
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.
"Saya serahkan kepada Bank Negara kerana yakin mereka lebih arif sekiranya ada strategi," katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kompleks Kementerian Kewangan, dekat sini pada Jumaat.
Beliau berkata, ringgit berada pada kadar RM4.63 berbanding AS$1 pada situasi sekarang diharap tidak akan berlanjutan.
"Saya harap fenomena ini bersifat sementara dan ringgit kembali lebih stabil pada kadar munasabah," katanya.
Ujar Ahmad, disebalik kelemahan ringgit terdapat kebaikan yang perlu direbut oleh semua pihak antaranya dengan merancakkan sektor eksport dan pertambahan bilangan pelancong asing ke negara ini.
"Ini kerana mereka mempunyai ringgit yang lebih selepas membuat pertukaran cuma kita khuatir sektor import menjadi lebih mahal dan meningkatkan kadar inflasi negara selain turut membebankan pelajar di luar negara," katanya.
Ditanya adakah situasi tersebut akan menyebabkan mata kadar dasar semalaman (OPR), Ahmad berkata ia terpulang kepada Bank Negara.
Ringgit kekal di bawah tekanan ketika hasil pebincangan mengenai had siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus mencetuskan ketidaktentuan yang ketara.
Setakat jam 9 pagi ini, ringgit susut kepada 4.6280/6305 berbanding dolar AS daripada 4.6245/6285 pada akhir urus niaga semalam yang mencatat paras terendah dalam tempoh enam bulan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 26 2023

Ahmad yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut. - Gambar fail

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Gempa bumi lemah Semporna: Gegaran dirasai, tiada kejadian tidak diingini - Bomba
Penduduk yang tinggal di kawasan Semporna, Sabah malam ini merasai gegaran akibat kejadian gempa bumi lemah yang melanda kawasan itu.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Kerajaan laksana semula Program Pengakuan Sukarela mulai 6 Jun - MOF
Beri peluang kepada orang ramai secara sukarela bayar cukai yang bertanggungan tanpa penalti atau pada kadar sifar peratus.

MOF serah kepada Bank Negara cari remedi kukuhkan ringgit
Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, beliau yakin Bank Negara mempunyai penyelesaian sekiranya AS belum membuat keputusan terhadap permintaan tersebut.

PM Anwar meriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri MoF
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Muhyiddin dakwa tetap akan diheret ke mahkamah atas arahan pihak tertinggi pentadbiran negara
Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau

PM Anwar mahu MoF digeruni kerana prinsip tata kelola tegas
Warga MoF tidak harus membenarkan sebarang usaha memunggah kekayaan dengan menipu dan mengambil kesempatan daripada kontrak.

MoF arah tangguh projek Jana Wibawa, teliti tatacara perolehan - Zahid
Kementerian Kewangan telah mengarahkan projek Jana Wibawa ditangguh pelaksanaannya bagi meneliti semula sama ada tatacara perolehannya mengikut peraturan ditetapkan perbendaharaan.

Cukuplah mercu tanda sedia ada, saya tak berhajat buat satu lagi - Anwar
Tumpuan sebaliknya diberikan kepada aspek kemampanan pembangunan sesebuah bandar terutama di ibu kota Kuala Lumpur.

Kebakaran di Kementerian Kewangan: Tiada kecederaan, kerugian - MoF
Kementerian Kewangan mengesahkan berlaku kebakaran melibatkan bilik sampah di kompleks kementerian itu di sini pada Selasa.

Bajet 2023: Membina daya tahan ekonomi demi rakyat Malaysia
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata Bajet 2023 memegang prinsip responsif, responsible dan reformis.

MOF diminta luluskan peruntukan 'PUSH' dalam Bajet 2023 - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi memohon cadangan peruntukan RM200 juta bagi Program Usahawan Siswazah (PUSH) diluluskan Kementerian Kewangan (MOF) dalam Bajet 2023.