awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Irwan dilantik sebagai pengerusi Bank Rakyat

Bernama
Bernama
02/02/2024
06:38 MYT
Mohd Irwan dilantik sebagai pengerusi Bank Rakyat
Pemilihan Mohd Irwan adalah bersandarkan ciri kepimpinan dan pengalaman beliau sebagai pemangku pengerusi bank berkenaan sejak 1 Nov, 2022. - Foto Bank Rakyat
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak sebagai pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) yang berkuatkuasa pada hari ini.
Menteri Datuk Ewon Benedick berkata pemilihan Mohd Irwan adalah bersandarkan ciri kepimpinan dan pengalaman beliau sebagai pemangku pengerusi bank berkenaan sejak 1 Nov, 2022.
"KUSKOP berkeyakinan penuh dengan kelayakan, pengalaman dan kredibiliti beliau untuk menggalas amanah serta mendukung misi dan visi Bank Rakyat dalam meneruskan sokongan terhadap ekosistem koperasi dan keusahawanan progresif yang selari dengan hasrat Malaysia MADANI," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat Datuk Dr Mohammad Hanis Osman berkata pengalaman luas Mohd Irwan dapat memimpin pelaksanaan Pelan Perniagaan 2024 dan Pelan Strategik jangka panjang yang meletakkan Bank Rakyat di landasan tepat untuk mencapai prestasi mampan.
Mohd Irwan berpengalaman lebih daripada 21 tahun dalam bidang litigasi, undang-undang korporat dan syarikat.
Beliau juga telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat pada 24 Julai, 2020 selain menganggotai pelbagai jawatankuasa di peringkat Lembaga Pengarah bank berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Irwan Mohd Mubarak
#pengerusi Bank Rakyat
#pelantikan
#Kuskop
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan