awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mohd Muazzam letak jawatan CEO Kumpulan Bank Islam Januari 2026

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
25/10/2025
07:02 MYT
Mohd Muazzam letak jawatan CEO Kumpulan Bank Islam Januari 2026
Datuk Mohd Muazzam Mohamed akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berkuat kuasa 7 Januari 2026.
SHAH ALAM: Datuk Mohd Muazzam Mohamed akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) berkuat kuasa 7 Januari 2026.
Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Pengarah Bank Islam yang memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas Mohd Muazzam menzahirkan hasrat untuk berundur bagi memberi tumpuan kepada matlamat peribadi.
“Selepas tujuh tahun sebagai GCEO, saya percaya ini masa yang sesuai untuk berundur dan memberi tumpuan kepada matlamat peribadi.
“Saya amat berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan lembaga pengarah, pihak pengurusan serta semua rakan kerja di Bank Islam,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau menambah, keputusan untuk berundur dibuat selepas lebih satu dekad berkhidmat dengan penuh dedikasi, termasuk tujuh tahun menerajui Bank Islam sebagai GCEO.
Hari terakhir perkhidmatan Mohd Muazzam di Bank Islam ialah pada 12 Disember tahun ini, sebelum peralihan rasmi tanggungjawab dilaksanakan.
Berikutan itu, Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan (Perbankan Runcit), Mizan Masram akan memainkan peranan sebagai pegawai yang bertanggungjawab bagi memastikan peralihan berjalan lancar mulai 13 Disember.
Menurut Bank Islam, Mohd Muazzam akan terus menjalani tempoh notis dan memberikan sokongan kepada Mizan sepanjang proses peralihan kepimpinan tersebut.
Sementara itu, Pengerusi Bank Islam, Tan Sri Ismail Bakar menyifatkan Mohd Muazzam sebagai pemimpin yang berjasa besar dalam membentuk Bank Islam menjadi institusi kukuh dan berdaya tahan seperti hari ini.
“Mewakili lembaga pengarah, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat beliau serta mendoakan kejayaan dalam segala usaha masa hadapan,” katanya.
Sejak dilantik sebagai GCEO pada tahun 2018, Mohd Muazzam telah menerajui pelbagai inisiatif penting termasuk transformasi digital dan pertumbuhan strategik Bank Islam.
Di bawah kepimpinannya, Bank Islam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju perbankan Islam negara dengan mengintegrasikan teknologi dan inovasi selaras dengan prinsip kewangan Islam.
Topic Berkaitan
#Letak jawatan 2026
#kepercayaan dan sokongan lembaga pengarah
#hasrat berundur diri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan