KUALA LUMPUR: Moody's Analytics mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar global meningkat semula kepada 5.7 peratus pada 2021 selepas mengalami penguncupan tertinggi 3.6 peratus pada tahun lepas.
Menurutnya, unjuran agak kukuh itu berpandukan faktor seperti kelulusan rangsangan fiskal terbaharu di Amerika Syarikat (AS), peningkatan semula yang ketara di Eropah serta perkembangan momentum usaha vaksinasi global.
"Bagaimanapun, pemulihan global itu terus tidak sekata di serata rantau selagi keadaan (kemunculan gelombang baharu COVID-19) sukar dikawal manakala usaha vaksinasi dipertingkat," katanya menerusi laporan 'Global Outlook: Resurgence Risks to Recovery' yang dikeluarkan pada Khamis.
Firma penyelidikan itu juga menjangkakan AS akan mendahului negara yang mencatat pemulihan dengan peningkatan semula pada 6.4 peratus dalam 2021 diikuti oleh Asia dengan pertumbuhan 6.1 peratus yang dipacu oleh kestabilan pengembangan China serta peningkatan India dalam fasa pasca-sekatan pergerakan.
Namun, ekonomi Afrika sebaliknya berkemungkinan menyaksikan pertumbuhan lebih perlahan pada 4.3 peratus susulan penurunan 3.0 peratus pada 2020.
Moody's Analytics juga menyifatkan sekatan pergerakan di serata dunia sebagai bukti ketidaktentuan aspek pemulihan keadaan dan pelbagai cabaran yang masih wujud dalam usaha negara-negara dunia mengekalkan landasan pemulihan masing-masing.
"Di negara-negara dengan impak ketara seperti Malaysia dan Filipina didapati kurang berkesan menangani penularan dan menyebabkan sekatan terpaksa dilanjutkan.
"Biarpun negara lain seperti Indonesia melaksanakan pendekatan kurang konservatif, namun terdapat risiko sebenar bahawa kesan kelonggaran sekatan yang terlalu awal berkemungkinan besar mengatasi pulangan jangka pendek daripada pembukaan semula ekonomi," katanya.
Moody's Analytics juga berpendapat faktor risiko geopolitik akan berperanan penting dalam fasa-fasa pemulihan pasca-COVID.
"Ketegangan AS-China yang berlanjutan tidak hanya menjadi satu-satunya aspek yang membentuk pilihan pelabur sebaliknya dinamik geopolitik yang sentiasa berubah di negara-negara besar di Asia Pasifik juga boleh memberi kesan besar ke atas perdagangan dan pelaburan global.
"Ini berlaku dalam persekitaran ketegangan teknologi dan pertikaian akibat keselamatan selain kenyataan retorik mengenai keperluan untuk bertindak mempelbagai kebergantungan terhadap sumber rantaian bekalan dari China," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 19 2021
Moody's Analytics juga berpendapat faktor risiko geopolitik akan berperanan penting dalam fasa-fasa pemulihan pasca-COVID. - Gambar fail
MH370: Kertas cadangan Ocean Infinity dibawa ke Kabinet Ogos ini - Loke
Kertas cadangan Ocean Infinity bagi memulakan semula pencarian pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 dibawa ke Kabinet Ogos ini.
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel
Belasungkawa: Mutang terkejut dinamakan Yang di-Pertua Dewan Negara
Biarpun seketika mengetuai Dewan Negara, kehilangannya amat dirasai, apatah lagi dengan perwatakannya yang sederhana. Ia kehilangan besar bagi negara.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik kepada 4.7745/7775 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen yang bertambah baik
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata atau 0.28 peratus kepada 1,544.76 daripada paras penutup 1,540.42 pada Rabu.
Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7840/7870 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7910/7950 pada Rabu.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Pasaran getah ditutup rendah, ambil petunjuk prestasi lemah pasaran serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM untuk getah fizikal GMM 20 berada pada 766.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal ialah 735 sen sekilogram.