awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moody's kekalkan penarafan Baa1 Petronas LNG dengan prospek stabil

Bernama
Bernama
18/05/2021
21:11 MYT
Moody's kekalkan penarafan Baa1 Petronas LNG dengan prospek stabil
Moody's berkata sokongan Petronas untuk PLL melangkaui bantuan kewangan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Moody's Investors Service mengekalkan penarafan penerbit mata wang asing dan tempatan Baa1 Petronas LNG Ltd (PLL) dengan prospek stabil.
Penganalisisnya, Hui Ting Sim, berkata penarafan Baa1 PLL berada dua kedudukan di bawah penarafan A2 daripada syarikat induk utamanya, Petroliam Nasional Bhd (Petronas, A2 stabil).
"Pendekatan penarafan dari atas ke bawah mencerminkan pemilikan penuh PLL oleh Petronas selain integrasi operasi dan kewangannya yang kukuh dengan syarikat induknya," katanya dalam kenyataan.
Petronas adalah syarikat minyak nasional Malaysia, yang juga 100 peratus milik kerajaan Malaysia (A3 stabil).
"Petronas mempunyai rekod prestasi yang kukuh dalam memberikan sokongan kewangan kepada PLL, seperti dapat dilihat daripada suntikan tunai sebanyak S$870 juta (S$1=RM3.10) dalam PLL sejak 2015," menurut Moody's.
Menurut agensi penarafan itu, PLL mendapat sokongan kecairan yang berterusan daripada Petronas.
Moody's berkata sokongan Petronas untuk PLL melangkaui bantuan kewangan.
"Ia turut memberikan sokongan pengurusan yang penting kepada PLL, termasuk laporan bulanan mengenai risiko dan tadbir urus kepada jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Petronas.
"PLL juga mempunyai fungsi perbendaharaan bersepadu dengan Petronas, dan tunainya dipegang secara berpusat oleh Petronas dan keperluan aliran tunai dikongsi dengan syarikat induknya," menurut agensi itu.
Mengenai penarafan stabil PLL, katanya ini mencerminkan prospek stabil ke atas Petronas dan jangkaan Moody's mengenai sokongan kukuh yang berterusan daripada dan hubungan dengan syarikat induk PLL.
Moody's berkata ia akan mempertimbangkan untuk menaikkan penarafan hanya jika penarafan Petronas ditingkatkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#minyak
#Petronas
#Baa1 PLL
#penarafan
#Moody's
#penerbit mata wang
#mata wang
#Hui Ting Sim
#penganalisis
#sokongan kewangan
#sokongan kecairan
#stabil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan