PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mensasarkan untuk melahirkan lima syarikat bertaraf 'unicorn' yang mampu dibangun oleh usahawan pemula persendirian atau ‘’startup” dalam tempoh lima tahun akan datang.
Jelas menterinya Datuk Seri Adham Baba, ia susulan kejayaan yang dicapai oleh syarikat Carsome Malaysia yang muncul selaku syarikat 'Unicorn' pertama negara dengan nilai lebih AS$1 bilion.
Tambah beliau, untuk mencapai sasaran tersebut usahawan syarikat pemula terutamanya membabitkan golongan muda boleh menggunakan peruntukan yang disediakan oleh agensi di bawah MOSTI, Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).
“Pada saya ia praktikal kerana kita ada rakan-rakan pembiaya di sini. Tentunya seperti Fortune 500 selain MAVCAP yang akan terus membina platform.
“Jadi kita juga perlu menyediakan satu lagi perkara penting iaitu penyenaraian mereka dalam Bursa Saham supaya mereka mampu pergi ke tahap yang lebih tinggi, ” katanya pada sidang media selepas sesi perjumpaan dengan pengurusan MAVCAP dan Carsome Malaysia di kementeriannya di sini hari ini.
Istilah 'unicorn' digunakan merujuk kepada syarikat pemula persendirian yang mempunyai nilai lebih AS1 bilion .
Terma itu dipopularkan oleh Aileen Lee, pengasas Cowboy Ventures, sebuah firma pelaburan terkenal Amerika Syarikat yang memberi dana kepada syarikat pemula.
Kejayaan Carsome katanya harus dijadikan contoh bagaimana usahawan muda seperti Eric Chang iaitu pengasas syarikat terbabit mampu menempa nama dan berjaya membuka sekurang-kurangnya tujuh pusat perniagaan ke pelanggan (B2C) yang dikenali 'Carsome Experience Centres' di seluruh Malaysia, Indonesia dan Thailand dengan beberapa lagi akan siap dalam baki tahun ini.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Sep 09 2021
Menurut Dr Adham, untuk mencapai sasaran tersebut usahawan syarikat pemula terutamanya membabitkan golongan muda boleh menggunakan peruntukan yang disediakan oleh agensi di bawah MOSTI, MAVCAP. - Foto Astro AWANI
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.
Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.
China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Ahmad Zahid rasmi RisSMart24, platform pasar produk usahawan bimbingan RISDA
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan kedai serbaneka RisSMart24, entiti perniagaan sektor peruncitan di bawah pengoperasian Kumpulan RISDA Holdings.
Lebih 60 perniagaan, usahawan Bumiputera terima pengiktirafan BBEA 2024
Program itu berdiri sebagai sistem sokongan penting untuk keusahawanan Bumiputera.
LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.
2TM: Orang ramai dipelawa tukar al-Quran tiada perakuan KDN, rosak
Orang ramai dipelawa menyerahkan al-Quran tiada perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN) atau rosak untuk diganti dengan yang baharu, bersempena dengan Program 2TM.
Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dijangka dibentang tahun depan - MOF
Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
Tema APEC 2024 selaras dengan tema 'Keterangkuman dan Kelestarian' ASEAN 2025
Tema AELW 2024, "Empower, Include, Grow", selaras dengan tema ASEAN 2025 iaitu "Keterangkuman dan Kelestarian" yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan.