awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MRT Corp rancang bina laluan ketiga projek MRT Lembah Kelang

Bernama
Bernama
13/09/2016
09:05 MYT
MRT Corp rancang bina laluan ketiga projek MRT Lembah Kelang
Projek sepanjang 51 kilometer melibatkan 31 stesen itu melibatkan kos sebanyak RM23 bilion dan telah 89 peratus siap setakat ini. - Gambar fail
Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) kini merancang pembangunan laluan ketiga Projek MRT Lembah Klang, melibatkan kawasan pusat bandar dan berkemungkinan menjadi laluan bawah tanah sepenuhnya.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Datuk Najmuddin Abdullah berkata MRT Corp telah melantik perunding bebas untuk mengkaji rancangan itu dan dijangka menyiapkan laporan pertamanya pada suku pertama tahun depan.
"Laluan ketiga MRT ini sedang dalam kajian dan dijangka hasil daripada kajian tersebut dapat dilihat pada suku pertama tahun hadapan atau suku keempat tahun ini.
"Daripada hasil kajian tersebut, baru kita dapat kongsikan lebih banyak maklumat yang berkaitan dengan laluan ini," katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini projek MRT Lembah Klang di sini hari ini.
Laluan ketiga ini, kata beliau, berbentuk bulatan dan tidak terlalu panjang yang bakal memberi perkhidmatan di kawasan pusat bandar di samping berkemungkinan menjadi laluan bawah tanah sepenuhnya.
Sementara itu, katanya sebanyak 58 tren yang diperlukan bagi fasa pertama dan kedua Jajaran Sungai Buloh-Kajang (Jajaran SBK) dijangka tiba secara berperingkat sebelum akhir tahun ini dan bakal enjalani tempoh pengujian secara intensif bermula 1 Okt.
"Bagi fasa pertama Jajaran SBK, sebanyak 24 tren akan digunakan di mana 18 tren akan digunakan untuk operasi harian manakala selebihnya digunakan sebagai tren simpanan pada waktu kecemasan.
"Setakat ini, kami telah menerima lebih daripada 40 buah tren lebih awal daripada yang dijadualkan dan ia akan melalui proses 'fitting' serta 'setting' di depot terlebih dahulu seperti pemasangan tempat duduk dan sebagainya," katanya.
Fasa pertama Jajaran SBK dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen Semantan akan mula beroperasi Disember ini manakala baki laluan dari Stesen Semantan ke Stesen Kajang akan mula beroperasi pada Julai 2017.
Projek sepanjang 51 kilometer melibatkan 31 stesen itu melibatkan kos sebanyak RM23 bilion dan telah 89 peratus siap setakat ini.
Najmuddin berkata kadar tambang sepanjang Jajaran SBK ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lembah Kelang
#MRT Corp
#MRT Lembah Klang
#Najmuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan