MTDC mahu memperkasakan usahawan dalam Industri 4.0

"Penerima dana MTDC dari industri yang berbeza perlu meningkatkan kerjasama bagi menghasilkan produk dan sistem automasi dalam syarikat masing-masing," kata Norhalim.
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) akan memberi penekanan terhadap keperluan membangunkan syarikat tempatan ke arah persediaan menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bagi mengurangkan kebergantungan terhadap produk dan perkhidmatan luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Datuk Norhalim Yunus berkata, syarikat khususnya penerima dana MTDC dari industri yang berbeza juga perlu meningkatkan kerjasama bagi menghasilkan produk dan sistem automasi dalam syarikat masing-masing.
“Kerjasama antara dua syarikat adalah salah satu yang kita galakkan kerana kita mahukan semua penerima dana MTDC bekerjasama antara satu sama lain.
“Perkara ini perlu ditekankan kerana Industri 4.0 adalah cabaran yang perlu dihadapi bersama, kerana kita mahu mengelakkan situasi di mana semua produk dan perkhidmatan kita diimport.
“Syarikat tempatan juga perlu mengadaptasi teknologi seperti menaik taraf peralatan dan mesin bagi mengurangkan pembaziran dan kos, pada masa sama meningkatkan persaingan,” katanya selepas melancarkan program MTDC ReUnites 2018 di Putrajaya baru-baru ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Nurazam Malim Sidik Malim, syarikat itu menyokong Industri 4.0 yang dilihat mampu memacu pembangunan negara.
“Kami perlu sentiasa bersedia dengan sebarang perubahan dalam persekitaran, khususnya dari segi industri kejuruteraan supaya kami boleh bersaing di pasaran antarabangsa.
“Apabila kami membentang idea sistem pelayan (server) lebih cekap kepada MTDC, mereka menyambut baik cadangan dan terus melabur,” katanya.
“Kami sedang membangunkan lampu jalan pintar, yang peka dan boleh menghasilkan kekuatan cahaya bergantung kepada persekitarannya. Ini termasuk memberi maklumat jika ada lampu yang rosak, atau sebagainya.
Kata Faizal, MTDC bukan sahaja bertindak sebagai pemberi dana kepada syarikatnya, tetapi juga memberi nasihat dan membantu membina rangkaian dengan syarikat lain di Malaysia.
“Kami adalah pembuat peralatan perubatan dan sudah eksport ke luar negara seperti di Amerika Syarikat dan Eropah, dan kami sudah bangunkan teknologi automasi dengan kerjasama syarikat tempatan.
“Alat automasi ini sangat membantu kerana kita berdepan masalah mendapat pekerja tempatan, dan teknologi ini sudah banyak membantu kami,” katanya.
Setakat ini, MTDC sudah memperuntukkan RM100 juta tahun ini kepada usahawan dalam bentuk pelaburan supaya syarikat dapat mengembang perniagaan, meningkatkan daya saing untuk menembusi revolusi industri 4.0.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

