SINGAPURA: Mustafa's Pte Ltd (Mustafa) yang mengendalikan gedung terkemuka Mustafa Centre di Singapura akan membuka gedung utama pertamanya di Johor Bahru, Malaysia, tidak lama lagi.
Ini susulan pengumuman yang dibuat oleh Capital World Ltd (Capital World) bahawa ia akan menjual kebanyakan ruang termasuk unit runcit di Capital City Mall di Johor Bahru kepada Mustafa dengan harga RM368 juta, dalam usaha pemaju hartanah itu untuk meningkatkan lembaran imbangannya dan mempercepat pemulihan syarikat.
"Selepas kejayaan pembukaan gedung runcit sehenti mega kami di Singapura bagi pelbagai barang daripada barangan pengguna laris hingga kepada barangan fesyen, kosmetik dan elektronik, kami percaya sudah sampai masanya bagi kami untuk menembusi pasaran Malaysia.
"Apatah lagi sekarang dengan sekatan pandemik telahpun ditarik balik," kata Pengarah Urusan Mustafa, Mustaq Ahmad dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Singapore Exchange, pada Jumaat.
Menurutnya, satu daripada cabaran utama syarikat itu sehingga sekarang adalah mencari tapak yang sesuai.
"Capital City Mall memenuhi banyak keperluan bagi gedung utama pertama kami, memandangkan kedekatannya dengan Singapura serta ruang lantai yang luas," katanya.
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.
Ia juga akan membeli 374 bahagian aksesori yang termasuk kawasan terbuka dan kawasan pelbagai guna meliputi kawasan seluas 1.28 juta kaki persegi dan semua 2,181 lot parkir, katanya.
Syarikat tersebut berkata pembelian oleh Mustafa itu menandakan penerokaan pertamanya sebagai pengendali gedung beli belah utama di Malaysia, pasaran yang telah lama menjadi sasarannya untuk ditembusi.
Gedung beli belah itu merupakan sebahagian daripada pembangunan bersepadu pegangan kekal di Tampoi yang juga akan termasuk 315 bilik hotel, menara 18 tingkat dengan 630 suite berperkhidmatan dan 690 apartment berperkhidmatan merangkumi tiga blok.
Mustafa merupakan satu daripada peruncit terkemuka di Singapura yang telah menjalankan perniagaan lebih daripada lima dekad.
Gedung utama, Mustafa Centre, di Syed Alwi Road menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk elektronik pengguna, barang kemas, mainan, fesyen, kosmetik dan barangan pengguna laris.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 29 2023
Mustafa's Pte Ltd (Mustafa) yang mengendalikan gedung terkemuka Mustafa Centre di Singapura akan membuka gedung utama pertamanya di Johor Bahru, Malaysia, tidak lama lagi. -Gambar fail/Facebook Mustafa Centre
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.