awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Seorang maut, tujuh cedera kemalangan bas dan dua lori di PLUS
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nazir Razak terima anugerah pemimpin perniagaan Asia House

Bernama
Bernama
04/02/2015
05:09 MYT
Nazir Razak terima anugerah pemimpin perniagaan Asia House
Pengerusi Asia House Sir John Boyd berkata mereka gembira untuk memperakui kejayaan dan kerja cemerlang Nazir. - Gambar Fail
Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, akan menerima Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia 'Asia House' bagi 2015 pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Banqueting House, Westminster, pada 13 Okt ini.
Beliau dipilih sebagai penerima anugerah tahun ini sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian beliau selama 26 tahun di CIMB Group, demikian menurut pengumuman oleh Trustees of Asia House di London, pada Selasa.
Pengumuman berkenaan dibuat dalam kenyataan yang dikeluarkan Asia House, pusat kepakaran mengenai Asia dan organisasi pan-Asia utama di United Kingdom.
"Saya berharap anugerah ini akan meningkatkan perhatian kepada potensi ASEAN sebagai tempat untuk menjalankan perniagaan dan peluang untuk mewujudkan nilai oleh kumpulan tenaga manusia dan sumber dari pelbagai negara ASEAN," kata Nazir.
Pengerusi Asia House Sir John Boyd berkata mereka gembira untuk memperakui kejayaan dan kerja cemerlang Nazir.
"Nazir Razak, antara lain telah membuktikan faedah kerjasama dan perkongsian dalam ASEAN melalui sokongan beliau terhadap pembelajaran, penyelidikan bebas dan kerja-kerja kebajikan, serta strategi perniagaan beliau yang berwawasan, menunjukkan bagaimana inisiatif meluas ASEAN secara komersial boleh menyatukan rakyat untuk faedah bersama," kata beliau.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#cimb group
#Nazir Razak
#sir john boyd
#Westminster
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan