Skip to main content

Dunia

Rakyat Bulgaria keluar mengundi pilih presiden baharu

Rakyat Bulgaria keluar mengundi pada Ahad bagi memilih presiden baharu negara itu. - Foto REUTERS/Spasiyana Sergieva
Rakyat Bulgaria keluar mengundi pada Ahad bagi memilih presiden baharu negara itu. - Foto REUTERS/Spasiyana Sergieva

Advertisement

Ringkasan AI

  • Rakyat Bulgaria mengundi pada Ahad untuk memilih presiden baharu dengan 27 calon bertanding, termasuk penyandang Presiden Iliana Iotova.
  • Pusat pengundian dibuka dari 7 pagi hingga 8 malam waktu tempatan, dengan 6.59 juta pengundi layak mengundi.
  • Keputusan rasmi pilihan raya akan diumumkan selewat-lewatnya petang Selasa, dengan kemungkinan pusingan kedua jika tiada calon memperoleh majoriti mutlak.

SOFIA: Rakyat Bulgaria keluar mengundi pada Ahad bagi memilih presiden baharu negara itu, lapor Xinhua.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat negara itu, kira-kira 6.59 juta pengundi layak memilih daripada 27 calon yang bertanding, termasuk penyandang Presiden Iliana Iotova.

Pusat pengundian di seluruh negara dibuka pada 7 pagi waktu tempatan (0500 GMT) dan dijadual ditutup pada 8 malam.

Keputusan awal tinjauan selepas pengundian dijangka diumumkan sejurus proses pengundian berakhir, manakala keputusan rasmi mesti diumumkan selewat-lewatnya pada petang Selasa.

Presiden dipilih bagi tempoh lima tahun. Untuk memenangi pilihan raya pada pusingan pertama, seseorang calon perlu memperoleh lebih separuh daripada jumlah undi sah, dengan syarat peratusan keluar mengundi melebihi 50 peratus.

Tinjauan pendapat sebelum pilihan raya menunjukkan kemungkinan besar pengundian diteruskan ke pusingan kedua memandangkan peratusan keluar mengundi dijangka tidak melebihi 50 peratus dan tiada calon diramalkan memperoleh lebih separuh daripada jumlah undi pada pusingan pertama.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement