SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan melalui 189 projek diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10.1 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata ini berdasarkan rekod kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2023 apabila pelaburan pada tahun tersebut menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.
"Daripada jumlah tersebut, RM4.1 bilion adalah pelaburan domestik manakala RM6.0 bilion adalah pelaburan luar negara. Implikasi pelaburan tersebut menawarkan sebanyak 3,250 peluang pekerjaan di negeri ini.
"Sektor yang menjadi penyumbang terbesar adalah sektor pembuatan berjumlah RM7.6 bilion dan diikuti sektor perkhidmatan sebanyak RM2.5 bilion. Ini adalah pencapaian pelaburan terbaik dan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah di negeri ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, kerajaan negeri terus komited menyediakan fasiliti dan kemudahan asas untuk memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi pelabur dari dalam dan luar negara pada masa akan datang.
Aminuddin turut mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam usaha merancakkan pelaburan di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Aminuddin berkata, kerajaan negeri terus komited menyediakan fasiliti dan kemudahan asas untuk memastikan Negeri Sembilan kekal sebagai destinasi pelabur dari dalam dan luar negara pada masa akan datang. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
NADI perlu dimanfaat secara optimum, lahir masyarakat inovatif
Masyarakat di Negeri Sembilan perlu memanfaatkan Pusat Sebaran Nasional (NADI) secara optimum bagi memperkasakan kemahiran pelbagai bidang seterusnya menjadi komuniti proaktif dan inovatif.
Dua laluan alternatif Seremban-Kuala Pilah dijangka siap 2026, 2027
Aminuddin menyatakan bahawa kerja-kerja fizikal akan dimulakan selepas proses pengambilan tanah dan penilaian impak alam sekitar diselesaikan.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
12 kertas siasatan terhadap GISB di Negeri Sembilan dibuka - Aminuddin
Sebanyak tujuh daripada 12 kertas siasatan berhubung syarikat GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Negeri Sembilan telah didakwa di mahkamah.
Hanya syarikat berkemampuan dipilih terlibat industri REE - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menerima mana-mana syarikat, termasuk pemilik tanah persendirian yang berminat mengusahakan industri unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di negeri ini.
GISB: Negeri Sembilan kekal pendirian rujuk pewartaan sesat Al-Arqam - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan kekal dengan pendirian merujuk dan menggunakan pewartaan sesat bagi Penyelewengan al-Arqam pada 2016.
Belanjawan 2025 angkat kepentingan rakyat - Aminuddin
Beliau berkata ia dilihat tertumpu kepada pengukuhan sektor ekonomi penting yang dijangka memberi hasil kepada negara dan memperbaiki kemudahan asas dalam pelbagai sektor.
Tuanku Muhriz titah bela nasib kanak-kanak terkait GISB di N. Sembilan - Aminuddin
Tuanku Muhriz turut mencadangkan kepada JKM negeri supaya kanak-kanak berusia antara empat hingga 15 tahun yang tidak diambil ibu bapa mereka supaya diberi perhatian sewajarnya.
Kerajaan Negeri Sembilan siap siaga bencana banjir
Pengurusan Bencana Negeri mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi lain bagi mendapatkan maklumat dan persiapan menghadapi musim tengkujuh.
Status ajaran GISB: Negeri Sembilan tunggu perkenan Tuanku Muhriz
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya perlu mendapatkan pandangan daripada Jabatan Mufti dan Majlis Fatwa negeri sebelum sebarang keputusan dibuat.