PORT DICKSON: Industri biokomposit di Malaysia kini berkembang pesat dengan negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM4.3 bilion atau 19 peratus daripada RM22.74 bilion bagi keseluruhan jumlah eksport kayu pada tahun lepas.
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata antara negara pengeksport utama produk bioTimbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Wee Jeck Seng berkata antara negara pengeksport utama produk biokomposit yang terdiri daripada papan lapis, venir dan papan gentian ialah Amerika Syarikat, Jepun, China dan Singapura.komposit yang terdiri daripada papan lapis, venir dan papan gentian ialah Amerika Syarikat, Jepun, China dan Singapura.
"Setakat ini, terdapat 176 kilang papan lapis, masing-masing tujuh kilang papan serpai dan papan gentian serta tiga kilang komposit plastik kayu (WPC) di seluruh negara bagi menghasilkan bahan mentah biokomposit terutamanya dalam sektor perabot dan pembinaan.
"Di peringkat global pula, negara menduduki tempat kelima sebagai pengeksport papan lapis dan tempat ke-17 untuk papan gentian dan ke-29 untuk papan serpai," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembinaan kios daripada WPC di sini hari ini.
Beliau berkata pasaran WPC disasarkan untuk mencatatkan pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang di peringkat global didorong oleh peningkatan segmen pembinaan dan bangunan terutamanya di Amerika Utara dan Eropah.
Katanya segmen itu dijangka menjadi pengguna terbesar WPC dan sektor automotif untuk komponen automotif ringan.
"Pengguna juga telah mula menggunakan WPC bertujuan memelihara alam sekitar berikutan ia diperbuat daripada bahan kitar semula," katanya.
Optimis WPC menjadi tumpuan negara pengimport seiring dengan peningkatan permintaan terhadap produk kayu mesra alam dari negara maju, Wee berkata lebih banyak inisiatif perlu dilaksanakan bagi memperkenalkan produk kayu ke pasaran global.
Produk WPC adalah produk alternatif kayu bercirikan hijau dan mesra alam serta dihasilkan daripada dua bahan utama iaitu gentian semula jadi dan plastik termasuk sisa pertanian, sisa perindustrian kayu atau hutan asli seperti kelapa sawit dan serbuk kayu.
Dalam pada itu, beliau berkata Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan kerjasama syarikat swasta akan membangunkan rumah FAST (Mesra, Mampu Milik, Sistem, Teknologi) daripada produk biokomposit yang mempunyai ciri-ciri kalis air, tahan lasak dan tidak mudah diserang anai-anai.
Menurutnya, pada peringkat permulaan, rumah dengan anggaran nilai RM70,000 hingga RM100,000 seunit itu akan dibina di Pahang terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke negeri lain.
Dalam perkembangan lain, Wee berkata kerajaan sentiasa memantau dan melihat situasi semasa bagi menstabilkan harga sawit di pasaran dan harga buah tandan segar sehingga 22 Jun turun kepada RM1,000 satu tan metrik.
"Kelapa sawit bergantung kepada permintaan dan penawaran pasaran antarabangsa. Kerajaan berusaha untuk meningkatkan harga terutamanya di lapangan. Saya yakin jika kerajaan dapat menstabilkan harga di lapangan, ia akan membantu pekebun kecil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Datuk Seri Wee Jeck Seng (tiga, kiri) pada majlis perasmian Kiosk dan Pelancaran Buku Manual Pembinaan Kiosk daripada 'Wood Plastic Composite' (WPC) di Pantai Cahaya Negeri, hari ini. - Foto BERNAMA
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Nilai eksport biokomposit negara catat RM4.3 bilion tahun lepas
Industri biokomposit di Malaysia kini berkembang pesat dengan negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM4.3 bilion.