awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nilai eksport kayu, produk kayu meningkat 33 kali ganda dalam tempoh 50 tahun - Fadillah

Bernama
Bernama
08/06/2023
20:40 MYT
Nilai eksport kayu, produk kayu meningkat 33 kali ganda dalam tempoh 50 tahun - Fadillah
Fadillah berkata, dalam tempoh 50 tahun, produk perkayuan yang dieksport ke seluruh dunia turut meningkat kepada 24 produk pada 2022. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Nilai eksport kayu dan produk kayu Malaysia telah meningkat 33 kali ganda kepada RM25.2 bilion pada 2022 berbanding RM749 juta pada 1973 di bawah pimpinan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, dalam tempoh 50 tahun, produk perkayuan yang dieksport ke seluruh dunia turut meningkat kepada 24 produk pada 2022 berbanding empat produk pada 1973.
"Jelas sekali, sumbangan sektor ini kepada ekonomi negara amat besar. Justeru, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat terutamanya MTIB atas usaha gigih yang berterusan dalam memajukan dan meningkatkan pertumbuhan industri kayu Malaysia secara konsisten," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Malam Apresiasi MTIB bersempena dengan sambutan Jubli Emas 50 tahun MTIB di sini pada Khamis malam.
MTIB ditubuhkan pada 1 Jun 1973 di bawah Akta 105 Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Perbadanan) 1973.
Fadillah berkata hasil daripada perkhidmatan berkualiti dan kerjasama yang baik antara MTIB dan pihak industri telah membantu industri perkayuan untuk terus berkembang.
Menurutnya beliau berharap usaha itu dapat diteruskan bagi memperkukuhkan lagi industri perkayuan negara, khususnya dalam berdepan dengan persekitaran ekonomi global yang tidak menentu hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#eksport kayu
#produk kayu
#Fadillah Yusof
#eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan