KUALA LUMPUR: Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Khamis selepas kebimbangan yang kian ketara terhadap prospek ekonomi global mengalihkan perhatian pelabur ke arah mata wang sedang pesat membangun termasuk ringgit, kata seorang peniaga.
Pada 9.20 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.4370/4405 daripada dolar AS berbanding kadar penutup semalam pada paras 4.4530/4580.
Menurut peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz, kebanyakan pakar percaya Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) tidak akan menaikkan kadar faedahnya pada hari Rabu, memandangkan keadaan semasa sektor perbankan yang goyah.
"Bagaimanapun, Rizab Persekutuan memutus menaikkan kadar faedah daripada 4.75 kepada 5.0 peratus. Ini adalah kenaikan kedua iaitu hanya 0.25 peratus yang diguna pakai oleh Rizab Persekutuan, sekali gus menandakan penurunan sistematik dalam kenaikan kadar faedah," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Mata wang tempatan menokok nilai berbanding pound Britain kepada 5.4531/4574 daripada 5.4696/4758 pada penutup semalam, tetapi susut berbanding euro menjadi 4.8292/8330 daripada 4.8026/8080 dan lemah berbanding yen Jepun kepada 3.3899/3928 daripada 3.3592/3633 sebelumnya.
Pada masa yang sama, ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean.
Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9931/13.0105 daripada 12.9297/9506 pada Rabu dan turun berbanding dolar Singapura menjadi 3.3406/3435 daripada 3.3363/3406.
Bagaimanapun, nilai ringgit meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 289.10/289.50 daripada 290.10/290.60 semalam dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.13/8.14 daripada 8.16/8.18 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Pada 9.20 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.4370/4405 daripada dolar AS berbanding kadar penutup semalam pada paras 4.4530/4580. - Gambar hiasan
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.