KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum menaiknya untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peniaga mengurangkan minat mereka terhadap dolar AS menjelang pengumuman laporan inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) AS, yang dijadualkan Jumaat ini.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mata wang tempatan mendapat sokongan yang lebih baik berbanding dolar hari ini, mencecah paras 4.7100.
Beliau berkata Indeks Dolar AS juga merosot sebanyak 0.09 peratus kepada 104.134 mata.
Malam tadi, Presiden Federal Reserve Bank of Atlanta, Raphael Bostic mengekalkan pendiriannya bahawa mungkin berlaku sekali penurunan kadar tahun ini, meningkatkan lagi ketidaktentuan arah pasaran.
"Oleh itu, peserta pasaran berkemungkinan akan meneliti semula data untuk membuat penilaian yang lebih adil mengenai kadar pada masa hadapan.
"Inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi yang akan diterbitkan Jumaat ini akan dipantau dengan rapi oleh pasaran. Anggaran konsensus mengunjurkan inflasi PCE akan dikekalkan pada 2.4 peratus pada Februari," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia menyusut berbanding euro kepada 5.1225/1257 daripada 5.1066/1137 ketika ditutup pada Isnin dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.9733/9771 daripada 5.9549/9631.
Ringgit juga turun berbanding yen Jepun kepada 3.1194/1216 daripada 3.1185/1230 pada Isnin.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN.
Ia menyusut berbanding baht Thai kepada 13.0021/0151 daripada 12.9627/9866 dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 298.7/299.1 daripada 298.7/299.3.
Mata wang tempatan itu juga turun berbanding dolar Singapura kepada 3.5112/5137 daripada 3.5060/5111 dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.38/8.38 daripada 8.37/8.39 sebelum itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan mendapat sokongan yang lebih baik berbanding dolar hari ini, mencecah paras 4.7100. - Gambar fail/Bernama
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Liga Parlimen Al-Quds: Malaysia kongsi pengalaman perjuang nasib rakyat Palestin - Syed Ibrahim
Delegasi negara berkongsikan pengalaman Malaysia sebagai usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.