KUALA LUMPUR: Jumlah nilai urus niaga hartanah Malaysia pada 2022 berkemungkinan melebihi paras tertinggi yang pernah direkodkan sebanyak RM161 bilion pada 2014, didorong oleh pemulihan dalam permintaan.
Ahli Lembaga Pengarah Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA), Ahmad Zamzuri Kamarudin berkata setakat suku ketiga 2022, jumlah nilai urusniaga hartanah Malaysia hampir RM141 bilion yang dicatatkan pada 2021.
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara akan mengumumkan angka 2022 minggu depan, katanya kepada kepada pemberita di Konvensyen Tahunan Hartanah Kebangsaan di sini, pada Jumaat.
"Kami menjangkakan 2022 akan melepasi angka tersebut berikutan suku ketiga 2022 yang positif dan susulan momentum itu kami menjangkakan pasaran hartanah akan kekal positif pada 2023," katanya.
Sementara itu, Presiden MIEA, Chan Ai Cheng berkata keyakinan pembeli nampaknya telah kembali apabila jumlah pertanyaan untuk penyewaan dan jualan telah meningkat pada suku terakhir 2022.
Beliau berkata sentimen telah pun bertukar positif sejak Disember tahun lepas berdasarkan tinjauan sentimen MIEA.
Chan menganggap kenaikan kos pinjaman akibat kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tahun lepas nampaknya tidak memberi kesan kepada pembeli di Malaysia.
"Walaupun keadaan ekonomi yang suram, ejen dan pemain tempatan kami bersikap positif untuk tahun 2022. Kira-kira separuh daripada mereka berpendapat bahawa tahun 2023 akan menjadi lebih baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 10 2023
Chan menganggap kenaikan kos pinjaman akibat kenaikan OPR tahun lepas nampaknya tidak memberi kesan kepada pembeli di Malaysia. - Foto BERNAMA
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
70 peratus pembangunan hartanah di Forest City terjual
Mohd Jafni berkata impak jualan hartanah itu akan membantu merancakkan lagi sektor ekonomi di kawasan berkenaan.
Bilangan transaksi hartanah tertinggi untuk sembilan bulan pertama 2023
Transaksi hartanah pada sembilan bulan pertama tahun 2023 mencatatkan di antara bilangan transaksi yang tertinggi di seluruh negara untuk tempoh yang sama sejak 2011/2012.
Rumah bertanah dijangka kekal sebagai pilihan utama pembeli pada 2024
Prospek pasaran hartanah Malaysia untuk 2024 dilihat kukuh untuk segmen rumah bertanah kerana ia kekal sebagai pilihan utama para pembeli
Rancang lancar lebih banyak projek di Iskandar Malaysia, pemaju hartanah dijangka tingkat sasaran jualan sehingga 15%
Unjuran itu dibuat kerana kebanyakan pemaju hartanah merancang untuk melancarkan lebih banyak projek di Iskandar Malaysia tahun ini.
Mah Sing optimis mengenai momentum 2024
Mah Sing Group Bhd mencatatkan jualan hartanah RM1.8 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, meningkat 14.4 peratus.
Kawasan bandar peroleh carian hartanah paling banyak pada tahun ini berikutan dasar kembali ke pejabat
Dalam kenyataan pada Selasa, pasaran hartanah itu berkata bakal pembeli rumah turut mempertimbangkan kawasan terpilih di luar Lembah Klang disebabkan fleksibiliti kerja.
Sektor hartanah kekal lembap, ketidaktentuan pasaran beri impak kepada pembeli
Kenaikan kos buruh dan harga bahan mentah turut menjadi punca kepada kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah.
Program "LBS Perks & Plusses" janji pengalaman pemilikan hartanah tiada tandingan
Dengan kolaborasi 26 rakan kongsi ternama, ahli program "LBS Perks and Plusses" dapat nikmati pelbagai produk dengan tawaran menarik.