KUALA LUMPUR: Northport (Malaysia) Bhd (Northport) berjaya mencatat rekod baharu dengan kendalian tahunan kontena tertinggi dalam sejarahnya selepas kontena ke-3,305,765 dipunggah dari kapal Interasia Horizon, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 3,305,764 TEU (bersamaan dua puluh kaki unit) yang telah dikendalikan pada tahun 2010.
Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata, kendalian kontena untuk tahun 2021 setakat ini adalah 20.7% lebih tinggi berbanding tahun 2020.
Beliau berkata, pandemik COVID-19 dan pelaksanaan sekatan oleh banyak negara di seluruh dunia pada tahun 2021 telah memberi impak yang besar terhadap aktiviti ekonomi dan perdagangan global.
"Walau bagaimanapun, Northport telah segera bertindak dengan pelan tindakan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengurangkan kesesakan dan langkah-langkah tersebut terbukti berkesan selepas operasi pelabuhan kembali pulih dalam jangka masa kurang daripada 1 bulan.
"Pelabuhan-pelabuhan dan pemain-pemain industri logistik telah bersatu dan melaksanakan peranan masing-masing, dibantu oleh agensi Kerajaan, dan diketuai oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (“LPK”), bagi memberi titik keseimbangan untuk operasi di Pelabuhan Klang,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Terdahulu pada bulan Mei 2021, Northport telah berjaya merekodkan kendalian bulanan tertinggi untuk segmen kargo konvensionalnya selepas mengendalikan 1,017,332 FWT (tan berat muatan), melebihi rekod sebelumnya iaitu 968,356 FWT yang dicatatkan pada Ogos 2013.
Southpoint, terminal yang berusia 120 tahun yang sebelumnya dikenali sebagai Port Swettenham, merekodkan kendalian lebih daripada 2 juta FWT buat kali pertama sejak 2012, disokong oleh kargo Hab Logistik Biomass.
"Secara keseluruhannya, 2021 adalah merupakan tahun yang terbaik buat Northport dengan banyak pencapaian-pencapaian yang bermakna.
"Kami optimistik terhadap prospek 2022 dalam menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan gelombang baharu COVID-19 yang dibawa oleh varian baharu Omicron yang telah menjejaskan banyak negara di seluruh dunia.
"Namun begitu, kami akan meneruskan fasa "Reinventing Northport" dengan mengembangkan kapasiti lapangan kontena kami dan membeli peralatan baharu untuk meningkatkan lagi produktiviti dan mencapai lebih banyak kejayaan pada tahun-tahun akan datang, dalam perjalanan transformasi kami untuk menjadi pelabuhan yang lebih Selamat, lebih Hijau, lebih Pintar dan lebih Baik," katanya.
*Berita asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Dec 31 2021
Azman (berdiri di hadapan) bersama pengurusan kanan dan kakitangan operasi Northport semasa acara sambutan pemecahan rekod yang diadakan di Northport pada 30 Disember 2021. - Foto DagangNews.com
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Westports terus berdepan tekanan kos diesel, penurunan volum kontena pada FY22
Westports juga berdepan pengurangan panggilan pemindahan kapal oleh kontena, dalam usaha mereka untuk meningkatkan kebolehpercayaan jadual.
Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.
Northport, Sea Hawk meterai perjanjian kerjasama strategik
Perniagaan pukal cecair menyumbang 2,939,149 FWT atau 30.4 % daripada jumlah keseluruhan kendalian.
Northport catat kendalian kontena ke-3,305,765 TEU, tertinggi dalam sejarah
Kendalian kontena untuk tahun 2021 setakat ini adalah 20.7% lebih tinggi berbanding tahun 2020.
Kenaikan sewa depot hampir 350 peratus berpatutan - Kumpulan Pos Malaysia
Ia menjadikan kadar sewaan untuk kawasan seluas 21,780 kaki per segi meningkat daripada RM5009.40 kepada RM RM17,424 sebulan.