PUTRAJAYA: Kenaikan pinjaman Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus tidak akan membebankan peminjam walaupun berlaku peningkatan terhadap kadar pinjaman yang perlu dibayar.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, peningkatan OPR turut dijangka memanfaatkan deposit yang diwakili sebahagian besar golongan M40 menerusi peningkatan faedah dan keuntungan diterima pendeposit.
Jelas beliau lagi, kenaikan 25 mata asas OPR kepada 2.00 peratus berbanding 1.75 peratus sebelum ini adalah masih rendah jika dibandingkan sebelum pandemik COVID-19, iaitu 3.00 peratus pada 2019.
“Oleh itu kadar 2.00 peratus bermakna dasar monetari kekal akomodatif untuk menyokong pertumbuhan ekonomi yang baru sahaja berputik.
“Ya, ia akan meningkatkan jumlah ansuran rumah tetapi tidak pada kadar yang membebankan,” katanya
dalam temu ramah Ekonomi Malaysia Suku Pertama 2022, bersama pemberita di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi jaminan bahawa ia akan dilakukan secara beransur jika OPR perlu dinaikkan lagi.
Ujarnya, ia bagi memastikan trend pertumbuhan ekonomi yang baru bermula, tidak terbantut.
“Bagi peminjam yang penting adalah proses pekerjaan yang terus pulih, di mana menerusi inisiatif Jamin Kerja, kerajaan komited untuk menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada rakyat,” tambahnya.
Sejak 2011 hingga 2019, OPR berkadar antara 2.75 peratus kepada 3.25 peratus.
Namun bermula 2020, BNM menurunkan kadar itu kepada 1.75 peratus di tengah wabak COVID-19 yang menjejaskan ekonomi global.
Hasimi Muhamad
Tue May 17 2022

Tengku Zafrul berkata kenaikan 25 mata asas OPR kepada 2.00 peratus berbanding 1.75 peratus sebelum ini adalah masih rendah jika dibandingkan sebelum pandemik, iaitu 3 peratus pada 2019. - Gambar fail

China di Asia Timur: Keamanan Asia Tenggara terikat kepada kestabilan
Keamanan di Asia Tenggara secara amnya dan Malaysia secara khususnya terikat secara langsung kepada kestabilan dan keamanan rantau Asia Timur.

Banjir Di Baling | Mati berpelukan, simbol kasih sayang keluarga
Penemuan dua mayat mangsa tragedi banjir di Kampung Iboi, Baling Kedah, dalam keadaan berpelukan di Kampung Iboi, menjadi saksi eratnya kasih sayang menantu kepada mentuanya. Suami mangsa, Mohd. Khairul Asraf Nor Azman, Allahyarham isterinya, Nur Anis Abu Hasan sebelum ini meminta kebenarannya untuk menjaga ibunya yang terlantar akibat menghidap strok.

Banjir Di Baling | Dua LRA dihenti tugas akibat air keruh
Dua buah Loji Rawatan Air (LRA) di Kedah terpaksa dihenti tugas pada lewat malam Selasa. Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md nor, ia melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi Tech dan Loji Rawatan Air (LRA) Pinang Tunggal.

Banjir Di Baling | Jambatan segera dibina di kawasan Lata Celak
Sebuah jambatan sementara akan segera dibina di Lata Celak, Kampung Iboi, Kupang selepas jambatan konkrit sedia ada runtuh dan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air dan banjir dua hari lepas. Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid memaklumkan pembinaan jambatan itu bertujuan memastikan aktiviti seharian penduduk tidak terjejas termasuk pergerakan ke sekolah dan masjid.

Banjir Di Baling | Jumlah mangsa di PPS menurun
Jumlah mangsa banjir akibat kepala air membabitkan 12 kampung yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara, P-P-S di Baling menurun kepada 495 orang daripada 109 keluarga. Jumlah itu dilaporkan setakat jam 11 pagi ini berbanding jumlah mangsa semalam iaitu 1,455 mangsa.

Banjir Di Baling | Tiga sekeluarga serta janin selamat dikebumikan
Tiga sekeluarga yang ditemui maut susulan tragedi banjir dan kepala air yang berlaku di Kampung Iboi, Kupang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Bemban awal pagi tadi. Jenazah, Salmah Mat Akib, 54 tahun, menantunya,Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun, yang hamil empat bulan dan anaknya, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun selesai dikebumikan kira-kira jam 5.30 pagi pada Rabu.

Rangka dinosaur Gorgosaurus akan dilelong buat kali pertama
Rangka dinosaur Gorgosaurus dilelong buat kali pertama dan dijangka memperoleh antara AS$5 juta dan AS$8 juta.

Ujian Peristiwa | Belum reda banjir, peniaga diuji insiden kebakaran
Belum reda banjir, seorang peniaga diuji sekali lagi apabila rumah kedai miliknya musnah terbakar di Kampung Masjid Iboi, Kupang Baling, malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan penyelamat, jabatan bomba dan penyelamat malaysia (JBPM) kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, sebaik menerima laporan pada jam 9.35 malam sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling dikejarkan ke lokasi.

Jenayah | Lelaki tikam ibu kandung direman tujuh hari
Seorang lelaki yang disyaki menikam ibu kandungnya sehingga maut dalam kejadian di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah tahanan reman sehingga 12 Julai terhadap suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Mazana Sini.

Penjagaan Maritim | 3 bot nelayan Vietnam lucut hak, dijadikan tukun
Sebanyak tiga bot nelayan Vietnam yang dilucut hak, ditenggelamkan dan disemadikan sebagai tukun tiruan berhampiran perairan Pulau Kapas, Marang, Terengganu. Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata kesemuanya ditahan menerusi Op Naga barat dan Op Kuda Laut melibatkan penahanan 22 kru termasuk tekong warga Vietnam.

Kadar dasar semalaman dijangka naik 25 mata asas lagi minggu ini
Ini berikutan peningkatan berterusan dalam inflasi teras, mencerminkan permintaan dalam negeri yang kukuh.

BNM dijangka naikkan OPR sekurang-kurangnya 25 mata asas menjelang akhir 2022 - Kenanga
Ia berikutan kenaikan kadar faedah yang agresif oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Dasar monetari kekal akomodatif bagi ekonomi negara - Timbalan Gabenor BNM
Keadaan Malaysia berbeza daripada negara lain dan penting untuk menormalkan kadar faedah bagi merangsang ekonomi.

OPR beransur-ansur normal pada 2.25 peratus akhir tahun - RAM Ratings
Walaupun inflasi semakin meluas, tahap kenaikan harga pada masa ini adalah kurang teruk,

Kenaikan OPR, pertumbuhan pembiayaan dijangka perlahan pada separuh kedua 2022
Inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan menyaksikan pertumbuhan pembiayaan lebih perlahan pada separuh kedua 2022.

OPR naik: Tidak beri kesan negatif kepada pelanggan individu, koperasi CBP
Kenaikan OPR dijangka tidak akan memberi kesan negatif ke atas pelanggan individu dan koperasi di bawah Coop Bank Pertama (CBP).

OPR: Koperasi tidak terikat dengan peraturan bank
Sektor koperasi tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang dibuat oleh pihak bank, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.

Dasar Monetari BNM pastikan pertumbuhan mampan ekonomi negara - SME Bank
BNM memberi tumpuan untuk memastikan dasar monetari kekal akomodatif bagi menyokong pertumbuhan ekonomi yang mampan.

OPR tidak bebankan peminjam, beri manfaat kepada M40 - Tengku Zafrul
Peningkatan OPR dijangka memanfaatkan deposit yang diwakili sebahagian besar golongan M40 menerusi peningkatan faedah dan keuntungan diterima pendeposit.

Bank-bank semak semula kadar rujukan susulan kenaikan OPR
Bank-bank kini menyemak semula kadar rujukan mereka selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus daripada 1.75 peratus.