awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah dijangka rendah minggu depan

Bernama
Bernama
29/03/2025
14:15 MYT
Pasaran getah dijangka rendah minggu depan
Seorang peniaga turut bersetuju bahawa terdapat kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan bermulanya musim daun gugur dan cuaca hujan juga akan menjejaskan sentimen. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah dijangka rendah minggu depan disebabkan cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, menurut Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).
"Harga akan terus menjejaki pasaran niaga hadapan getah serantau, harga minyak mentah dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
"Bekalan getah asli akan menjadi terhad dengan bermulanya musim daun gugur dan hujan. Terdapat impak daripada keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China yang lembap," katanya kepada Bernama.
Seorang peniaga turut bersetuju bahawa terdapat kebimbangan mengenai bekalan getah asli berikutan bermulanya musim daun gugur dan cuaca hujan juga akan menjejaskan sentimen.
"Pemain pasaran akan memantau keputusan mengenai tarif AS dan pertumbuhan ekonomi China, selain krisis geopolitik yang meruncing," katanya.
Pada asas Jumaat kepada Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) merosot 5.5 sen kepada 874.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 17.5 sen kepada 671 sen sekilogram.
Pasaran Kuala Lumpur akan ditutup dari 31 Mac hingga 1 April 2025 sempena sambutan Aidilfitri dan akan beroperasi semula pada 2 April 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#Hari Raya Aidilfitri
#sarung tangan getah
#peniaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan