awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak

Bernama
Bernama
09/01/2025
12:30 MYT
Pasaran getah ditutup lebih tinggi susulan trend serantau, kestabilan harga minyak
Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disokong oleh aliran menaik dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga minyak mentah yang stabil, kata seorang peniaga.
Sentimen pasaran terus dipacu oleh jangkaan langkah rangsangan tambahan dari China untuk mengurangkan impak pengenalan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS), katanya kepada Bernama.
"Namun, kenaikan selanjutnya telah dihadkan oleh data ekonomi China yang lemah, peningkatan kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan AS-China di tengah-tengah lonjakan keyakinan bahawa AS akan mengurangkan kadar faedah pada kadar yang lebih perlahan pada 2025," kata peniaga itu.
Beliau turut menjelaskan bahawa niaga hadapan getah Jepun memuncak lebih tinggi hari ini, disokong oleh yen yang mencecah paras terendah.
Namun, data penggunaan yang agak lembap dari China, pengguna terbesar dunia, mengehadkan kenaikan harga.
Setakat 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan SMR 20 menokok 11.5 sen kepada 860 sen sekilogram, manakala lateks pukal susut sebanyak 2.5 sen kepada 678 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pasaran getah
#ditutup tinggi
#harga minyak mentah
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan