awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup rendah

Bernama
Bernama
06/01/2025
12:15 MYT
Pasaran getah ditutup rendah
Pada 3 petang, LGM melaporkan harga SMR 20 susut 10 sen kepada 857 sen sekilogram manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 689 sen sekilogram. - Gambar fail/AFP
KUALA LUMPUR: Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Isnin berikutan aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah penanda aras yang lemah, kata seorang peniaga.
Peniaga itu berkata peserta pasaran juga bertindak balas dengan kemungkinan penurunan kadar Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah pada 2025 berdasarkan data ekonomi terkini dan ketidaktentuan tarif serta dasar perdagangan AS.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang menyusut berbanding dolar AS dalam persekitaran langkah rangsangan China yang berterusan," katanya kepada Bernama.
Ketika ini, harga minyak mentah Brent susut 0.51 peratus kepada US$75.13 setong.
Peniaga itu berkata harga minyak turun pada Isnin disebabkan dolar AS yang mengukuh dan kebimbangan terhadap sekatan susulan pasaran menunggu data ekonomi utama daripada Rizab Persekutuan AS dan senarai gaji AS lewat minggu ini.
Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 10 sen kepada 857 sen sekilogram manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 689 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#dolar AS
#ekonomi utama
#lateks pukal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan