awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup tinggi

Bernama
Bernama
24/09/2024
12:09 MYT
Pasaran getah ditutup tinggi
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 858.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 697.50 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, didorong oleh aliran meningkat niaga hadapan getah serantau dan peningkatan harga minyak mentah penanda aras, kata seorang peniaga.
Kebimbangan berterusan terhadap kekurangn bekalan getah asli (NR) di negara pengeluar utama serta ditambah dengan cuaca yang buruk turut menyokong prestasi pasaran, katanya kepada Bernama.
"Sentimen pasaran menerima rangsangan berterusan dari langkah rangsangan China yang terbaharu, bertujuan untuk mencergaskan ekonominya.
"Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat dalam persekitaran konflik yang meningkat di Timur Tengah," katanya.
Harga minyak melonjak pada Selasa, dengan minyak mentah Brent naik sebanyak 84 sen kepada US$74.74 setong manakala US WTI menokok 92 sen kepada US$71.29 setong. (US$1 = RM4.15)
Bank pusat China mengumumkan rangsangan monetari yang lebih meluas dan sokongan kepada pasaran hartanah hari ini bagi mengekang tekanan deflasi dan membantu ekonomi dalam mencapai pertumbuhannya.
Sementara itu, pada 5 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1495/1550 berbanding dolar AS, perubahan ketara berbanding 4.2000/2060 ketika ditutup pada Isnin.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) menokok 14.0 sen kepada 829.0 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 2.5 sen kepada 692.0 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 858.0 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 697.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#pasaran hartanah
#lateks pukal
#LGM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan