awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Afrika Selatan sasar ketibaan dua kali ganda pelancong dari Malaysia tahun ini
OM selesaikan ganjaran hadiah kewangan bekas atlet olahraga
Lawatan rasmi dua hari Modi ke Malaysia bermula Sabtu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki lonjakan niaga hadapan serantau

Bernama
Bernama
25/09/2024
13:47 MYT
Pasaran getah ditutup tinggi, jejaki lonjakan niaga hadapan serantau
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 861 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 702 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, disokog oleh peningkatan ketara dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Sentimen itu turut disokong oleh keyakinan terhadap lebih banyak rangsangan China dalam masa terdekat dan bekalan getah asli (NR) yang terhad disebabkan cuaca melampau di negara pengeluar getah utama.
"Kenaikan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak dan pengukuhan ringgit yang berterusan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada Bernama.
Peniaga itu berkata niaga hadapan getah Jepun mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada Rabu dalam persekitaran pengguna utama China yang mengumumkan pakej rangsangan ekonominya, bagaimanapun, kenaikan itu dihadkan oleh yen yang lebih kukuh.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) naik 13 sen kepada 871 sen sekilogram, paras tertinggi baharu pada 2024 dan tertinggi sejak April 2017 manakala lateks pukal meningkat sebanyak 4.5 sen kepada 702 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 861 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 702 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#pakej rangsangan ekonomi
#lateks pukal
#pasaran niaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan