awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau

Bernama
Bernama
25/06/2024
13:34 MYT
Pasaran getah ditutup tinggi seiring prestasi serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 802.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 745 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur melantun semula untuk ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aliran peningkatan pasaran niaga hadapan getah serantau, terutamanya Shanghai dan Jepun, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh harga minyak mentah penanda aras yang stabil serta kebimbangan peniaga terhadap potensi kekurangan getah berikutan ramalan cuaca buruk di negara pengeluar utama.
"Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dapat dikekang oleh pengukuhan kecil nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila para peniaga menunggu pengumuman data ekonomi utama AS pada minggu ini," katanya kepada Bernama.
Memetik kenyataan seorang pedagang berpangkalan di Singapura, beliau berkata kelompok pedagang juga mengambil pendirian berdasarkan perbincangan mengenai pasaran berhubung pergerakan stok simpanan China yang juga pengguna utama, sekali gus mendorong prestasi di Bursa Niaga Hadapan Shanghai.
Di peringkat tempatan, harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 naik tujuh sen kepada 801 sen sekilogram manakala lateks pukal berkurangan enam sen kepada 751.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 802.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 745 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#minyak mentah
#penanda aras
#stok simpanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan