awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau

Bernama
Bernama
28/06/2024
14:09 MYT
Pasaran getah KL catat aliran menyusut seiring prestasi serantau
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 782.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 703.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran penyusutannya pada Jumaat, diheret turun oleh prestasi niaga hadapan getah serantau menjelang pelaksanaan tarif awal Kesatuan Eropah (EU) terhadap kenderaan elekterik (EV) China, kata peniaga.
Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah Jepun merosot pada hari, menjejaki kerugian akibat kelemahan harga getah sintetik ketika meneruskan aliran penurunan berikutan permintaan komoditi itu yang suram selain usaha meningkatkan stok bekalan.
"Bagaimanapun, kerugian seterusnya dapat dikekang oleh prestasi ringgit yang susut nilai berbanding dolaar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan harga minyak mentah akibat kelemahan ekonomi AS yang dijangka mendorong Rizab Persekutuan AS melonggarkan kadar faedah utama negara itu tahun ini," katanya kepada Bernama.
Selain itu, katanya, China juga berharap rundingan dengan EU membabitkan tarif awal berkaitan EV China dijadualkan pada 4 Julai depan, akan menghasilkan penyelesaian yang saling memanfaatkan.
"Harga minyak meningkat pada Jumaat yang juga kenaikan bagi minggu ketiga berturut-turut, susulan kebimbangan mengenai ketegangan geopolitik yang meruncing serta gangguan akibat faktor iklim yang memberi kesan terhadap permintaan," katanya.
Setakat petang ini, harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global, meningkat 0.59 peratus kepada US$86.90 setong.
Beliau berkata Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangkakan ekonomi AS tumbuh lebih perlahan berbanding unjuran pada 2.6 peratus pada 2024.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 susut sebanyak 1.5 sen kepada 785.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal turun 7.5 sen kepada 708 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 782.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 703.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kesatuan Eropah
#LGM
#minyak mentah
#penanda aras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan