awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah terus ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah

Bernama
Bernama
10/06/2024
14:01 MYT
Pasaran getah terus ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 859.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 800 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur sekali lagi ditutup pada paras tertingginya bagi tahun ini mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar AS, kata seorang peniaga.
Beliau berkata pasaran niaga hadapan getah serantau mencatatkan dagangan kecil hari ini berikutan ketiadaan pembeli China.
"Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh prestasi lemah di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kebimbangan akan kemungkinan kenaikan semula kadar faedah di Amerika Syarikat yang didorong oleh data ekonomi kukuh," katanya kepada Bernama.
Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) naik setengah sen kepada 858 sen sekilogram manakala lateks pukal meningkat satu sen kepada 799 sen sekilogram.
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 859.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 800 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#LGM
#lateks pukal
#kadar faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan