KUALA LUMPUR: Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) telah bercadang untuk membeli Pavilion Bukit Jalil Mall (PBJ) daripada Regal Path Sdn Bhd dengan pertimbangan belian sebanyak RM2.2 bilion.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, ia berkata Regal Path akan menjual satu blok pusat beli-belah runcit lima tingkat dengan dua aras tempat letak kereta bawah tanah yang terletak di Bukit Jalil City, Kuala Lumpur berserta aset dan hak berkaitan.
Pavilion REIT akan turut membeli harta alih tambahan bagi operasi PBJ Mall termasuk komputer riba, bugi dan platform kerja mengangkat mudah alih (pembelian sampingan).
"Pertimbangan belian bagi pembelian sampingan itu akan berpandukan kepada jumlah nilai buku bersih aset berkenaan pada tarikh ia selesai. Pada tarikh praktik terkini, jumlah nilai buku bersih aset-aset ini dianggarkan kira-kira RM3.4 juta," katanya.
Regal Path ialah syarikat usaha sama anak syarikat milik penuh Malton, Khuan Choo Realty Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Qatar Investment Authority, Q PBJ Sdn Bhd, dan Tan Sri Desmond Lim menerusi syarikat persendiriannya, Jelang Tegas Sdn Bhd.
Malton berkata penjualan itu dijangka tidak menyebabkan syarikat itu muncul sebagai syarikat PN17 seperti yang ditakrifkan di bawah Keperluan Penyenaraian.
Penjualan itu adalah sejajar dengan strategi Malton yang sentiasa menilai portfolio pelaburannya dan memburu peluang untuk membuka dan merealisasikan nilai pelaburannya untuk kebaikan para pemegang saham.
Susulan pembelian itu, Pavilion REIT turut berhasrat melaksanakan cadangan penempatan saham unit baharu untuk meraih sehingga RM1.27 bilion pada harga terbitan yang akan ditentukan kelak menerusi proses penetapan harga.
Katanya cadangan penempatan saham itu dijangka dilaksanakan menerusi dua tranche bagi penyelesaian pertimbangan belian PBJ iaitu Tranche 1 yang menyasarkan untuk mengumpul hasil sebanyak RM720 juta untuk digunakan sebagai sebahagian daripada bayaran tarikh siap berjumlah RM650 juta dan perbelanjaan (RM70 juta).
"Penempatan Tranche 2 pula menetapkan sasaran untuk mengumpul sehingga RM550 juta untuk bayaran membaiki kerosakan (RM50 juta), bayaran hak milik strata (RM100 juta) dan bayaran baki akhir (RM400 juta)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 22 2022
Pavilion Bukit Jalil Mall. - Facebook Pavilion Bukit Jalil
Hubungan dengan Malaysia baik tetapi masih ada isu untuk diselesaikan pengganti, kata PM Lee
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, berkata hubungan republik itu dengan Malaysia "umumnya baik" tetapi masih ada beberapa isu yang perlu diselesaikan penggantinya.
Dua lelaki ditahan bantu siasatan pusat hiburan dibaling bom petrol
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tempatan berkenaan ditahan pukul 3 petang di sebuah rumah.
Tumpuan Sabtu - 11 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
Tim Burton dijangkiti COVID-19, batal sesi jumpa peminat di Malaysia
Sutradara tersohor Hollywood itu pada asalnya dijadual menghadiri pameran The World of Tim Burton di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur esok (21 Mac).
Pavilion REIT cadang beli Pavilion Bukit Jalil bernilai RM2.2 bilion
Regal Path akan menjual satu blok pusat beli-belah runcit lima tingkat dengan dua aras tempat letak kereta bawah tanah.
Pavilion Bukit Jalil dibuka 3 Dis, janjikan pengalaman berbeza beli-belah
Pelanggan pastinya akan mendapat pengalaman berbeza di bangunan lima tingkat itu dan sehingga kini, lebih daripada satu juta kaki persegi ruang perniagaan telah disewa.