awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PCG catat keuntungan lepas cukai RM536 juta pada suku pertama

Kenyataan Media
Kenyataan Media
29/05/2023
06:42 MYT
PCG catat keuntungan lepas cukai RM536 juta pada suku pertama
Syarikat telah mencatatkan suku yang kukuh walaupun berhadapan dengan permulaan tahun yang mencabar.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: PETRONAS Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai (PAT) setinggi RM536 juta untuk suku pertama bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (1Q 2023).
Kumpulan itu terus mencatatkan keuntungan walaupun mengalami ketidaktentuan ekonomi sedunia serta permintaan yang semakin berkurang daripada pengguna dan juga sektor pembuatan.
Bagi tempoh itu, PAT 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 11% pada suku pertama berbanding dengan RM484 juta pada suku keempat 2022.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata syarikat telah mencatatkan suku yang kukuh walaupun berhadapan dengan permulaan tahun yang mencabar.
“Meskipun kami telah mengenal pasti beberapa pergerakan yang menggalakkan di daerah tertentu pada suku pertama, sektor kimia secara keseluruhan masih kekal berhati-hati lantaran harga tenaga yang masih tidak menentu,” katanya, dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Yusri turut memaklumkan syarikat akan terus berhati-hati terhadap prospek bagi tahun 2023 berikutan perkembangan terkini sektor perbankan Amerika Syarikat dan potensi kesannya terhadap ekonomi sedunia.
Ini termasuk konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan pemulihan China yang lebih perlahan daripada jangkaan.
Sementara itu, operasi loji petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) beroperasi semula secara beransur bermula akhir tahun lepas.
“Kerja-kerja pemulihan berjalan dengan lancar setakat ini, dan kami menjangka untuk menjalankan operasi sepenuhnya untuk loji kami di PIC pada suku keempat tahun ini,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#Keuntungan selepas cukai
#konflik Rusia-Ukraine
#Petronas
#Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan