awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja sukar belajar kemahiran baharu ketika pandemik - Tinjauan

Nailah Huda
Nailah Huda
04/02/2021
05:56 MYT
Pekerja sukar belajar kemahiran baharu ketika pandemik - Tinjauan
Tinjauan itu mendapati 55 peratus responden ingin bekerja dalam persekitaran yang kondusif untuk berkongsi kritikan membina manakala 44 peratus responden lebih gemar majikan yang menawarkan program latihan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Majoriti rakyat Malaysia berdepan kesukaran untuk mempelajari kemahiran baharu dalam mengadaptasi kepada pandemik COVID-19, menurut satu tinjauan pada suku kedua 2020.
Tinjauan Randstad Malaysia mendapati 61 peratus responden berdepan dengan cabaran itu, didominasi oleh 69 peratus golongan muda berusia 18 ke 24 tahun berbanding 49 peratus responden berusia 55 ke 67 tahun.
“Transformasi digital yang pesat pada 2020 telah meningkatkan permintaan terhadap para profesional yang memiliki ilmu-ilmu teknikal serta kemahiran insaniah (soft skills),” kata Fahad Naeem, Ketua Operasi Randstad Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun beliau berkata, apabila peluang untuk mempelajari kemahiran baharu semakin berkurangan ketika bekerja dari rumah, majikan perlu memainkan peranan untuk membina peluang baharu dan mendorong penglibatan pekerja.
“Pembangunan modal insan memerlukan usaha kolektif antara institusi pendidikan, kerajaan, organisasi dan majikan sendiri,” katanya.
Dalam usaha untuk meningkatkan daya saing di pasaran pekerjaan, sembilan daripada 10 responden menyatakan bahawa mereka sentiasa memperbaharui kemahiran dan kebolehan mereka.
Namun, selain daripada permintaan daripada pihak majikan, tinjauan tersebut turut memberi perhatian kepada keperluan pekerja.
Tinjauan itu mendapati 55 peratus responden ingin bekerja dalam persekitaran yang kondusif untuk berkongsi kritikan membina manakala 44 peratus responden lebih gemar majikan yang menawarkan program latihan.
“Dengan panduan daripada mentor, kritikan membina daripada pelanggan dan rakan sekerja, termasuk peluang untuk melibatkan diri dalam projek baharu, pekerja akan mempelajari kemahiran baharu dan menjana pengalaman yang berharga.
“Cukup kritikal bagi sesebuah syarikat untuk memiliki budaya yang kondusif untuk belajar dan tertumpu kepada pembangunan kemahiran supaya tenaga kerja lebih fleksibel dan sedia bertindak, tidak kira krisis apa yang dihadapi,” kata Naeem.
Tinjauan tersebut, sebahagian daripada laporan Randstad Workmonitor, dijalankan secara dalam talian di 34 negara dalam kalangan pekerja berusia dari 18 hingga 65 tahun pada Oktober 2020.
Topic Berkaitan
#Bekerja Dari Rumah
#work from home
#WFH
#BDR
#adaptasi
#norma baharu
#Pekerja
#kemahiran
#upskill
#majikan
#Randstad
#Fahad Naeem
#tinjauan
#reskill
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan