awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur asing beli RM17.77 juta bersih ekuiti tempatan pada minggu akhir 2021

Bernama
Bernama
03/01/2022
04:26 MYT
Pelabur asing beli RM17.77 juta bersih ekuiti tempatan pada minggu akhir 2021
MIDF Research berkata pelabur asing adalah pembeli bersih untuk kebanyakan minggu itu kecuali pada Rabu dan Jumaat. - Foto MIDF
KUALA LUMPUR: Pelabur asing membeli sebanyak RM17.77 juta bersih ekuiti tempatan pada minggu akhir 2021 berbanding -RM38.16 juta bersih yang dijual pada minggu sebelumnya, menurut MIDF Research.
Katanya pelabur luar pesisir memasuki Malaysia pada minggu pertama selepas aliran keluar untuk lima minggu berturut-turut. Pada 2021, dana antarabangsa merupakan pembeli bersih selama 22 minggu.
"Selepas pasaran dibuka semula pada Isnin lepas, institusi tempatan dan pelabur asing adalah pembeli bersih, masing-masing berjumlah RM2.73 juta dan RM56.73 juta. Sementara itu, peruncit asing merupakan penjual bersih sebanyak -RM59.46 juta," katanya dalam Penyelidikan Ekuiti hari ini.
MIDF Research berkata pelabur asing adalah pembeli bersih untuk kebanyakan minggu itu kecuali pada Rabu dan Jumaat. Aliran masuk asing yang terbesar dicatatkan pada Selasa sebanyak RM110.37 juta.
Peruncit adalah penjual bersih pada setiap hari pada minggu lepas, bertentangan dengan trend yang dilihat sepanjang 2021. Jualan bersih yang terbesar oleh peruncit dicatatkan pada Jumaat berjumlah -RM105.28 juta.
Pada minggu tersebut, peruncit bersih menjual -RM292.59 juta nilai ekuiti dalam Bursa Malaysia.
"Ini merupakan minggu kedua peruncit mencatatkan jualan bersih selepas aliran masuk selama sembilan minggu berturut-turut," menurut firma penyelidikan itu.
Sementara itu, institusi tempatan mencatatkan belian bersih mingguan terkumpul sebanyak RM274.82 juta. Institusi tempatan merupakan pembeli bersih pada minggu itu kecuali pada hari Selasa sebanyak -RM56.39 juta.
Belian bersih yang terbesar pada hari Jumaat berjumlah RM217.98 juta.
Dari segi kumulatif pada 2021, peruncit merupakan satu-satunya pembeli bersih ekuiti tempatan bernilai RM12.14 bilion.
Institusi tempatan dan pelabur asing adalah penjual bersih, masing-masing sebanyak -RM8.99 bilion dan -RM3.15 bilion.
Dari segi penyertaan, katanya pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing, masing-masing mencatatkan pergerakan mingguan sebanyak 12.85 peratus, 26.32 peratus dan -12.30 peratus dalam purata nilai dagangan harian (ADTV).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#ekuiti tempatan
#pelabur asing
#MIDF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan