Para pelabur dari Hungary menganggap Malaysia sebagai pintu masuk terbaik bagi membolehkan mereka menembusi pasaran Asia Tenggara yang memiliki penduduk berjumlah 600 juta orang, menurut Duta Besar negara itu, Attila Kali.
"Di Malaysia, anda memiliki latar belakang perundangan dan institusi serta infrastruktur mantap yang perlu bagi membolehkan syarikat-syarikat memasuki pasaran Asean (Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara). Malaysia merupakan satu destinasi yang menarik dan rakan kongsi untuk perniagaan Hungary," kata duta itu.
Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa hubungan dua hala antara Budapest dan Putrajaya akan terus berkembang di bawah kerajaan baharu Malaysia.
"Saya optimistik dengan hubungan itu berdasarkan keterbukaan dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan kerjasama ke tahap yang lebih tinggi," katanya sambil menambah bahawa beliau menjangka dapat melihat pergerakan di tahap lebih tinggi antara kedua-dua negara pada tahun-tahun akan datang.
"Para pelabur Hungary melihat Malaysia sebagai pintu masuk ke seluruh Asean, dan Hungary juga sebaliknya boleh menjadi pintu masuk yang baik untuk syarikat Malaysia menembusi pasaran Eropah. Kami mempunyai pertanyaan daripada kedua-dua pihak berhubung peluang-peluang pelaburan," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.
Kali berkata kedutaannya juga berusaha meningkatkan kesedaran berhubung potensi perniagaan sedia ada di Hungary dan pada masa sama, membolehkan perniagaan-perniagaan Hungary melihat peluang besar yang ditawarkan Malaysia.
"Kami melihat lebih banyak pertanyaan daripada perniagaan Hungary terutama dalam bidang teknologi maklumat (IT), penyelesaian teknologi, peralatan perubatan serta industri makanan dan minuman seperti produk daging yang telah diproses. Terdapat cabaran bagi mendapatkan akreditasi daripada pihak berkuasa Malaysia namun kami tidak akan berputus asa dan berusaha untuk mendapatkannya," kata beliau.
Beberapa syarikat Hungary juga berminat untuk membawa penyelesaian dan teknologi mereka ke pasaran Malaysia dengan kepakaran dalam bidang pengurusan air seperti penulenan, rawatan air sisa, sistem kuasa hidro berskala kecil dan teknologi hijau bertujuan mempromosi alam sekitar yang lebih bersih.
Kali berkata beliau juga ingin melihat lebih banyak penglibatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari kedua belah pihak dalam perdagangan antara kedua-dua negara, serta berharap komuniti itu akan lebih aktif dan memainkan peranan lebih besar dalam perdagangan dua hala Hungary-Malaysia.
Beliau berkata pada masa ini, terdapat lebih banyak penyertaan daripada syarikat multinasional.
"Kedutaan sedang berusaha menyokong PKS Hungary untuk mencari peluang dalam pasaran Malaysia," katanya.
Mengulas hubungan politik kedua-dua negara, Kali berkata ia berada dalam keadaan stabil tanpa sebarang isu luar biasa antara Hungary dan Malaysia.
Berbekalkan asas yang baik ini, langkah akan diambil untuk membina rangkaian ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan pelancongan, katanya.
Kali juga berkata kedutaannya kini aktif mempromosi Hungary sebagai sebuah destinasi pelancongan.
Terkenal dengan kekayaan seni bina klasik, budaya, khazanah semula jadi dan tapak warisan, ibu kotanya, Budapest, turut diberi jolokan "pusat spa dunia" sejak berdekad.
Satu lagi ciri popular Hungary ialah kekayaan perigi air panasnya yang mengandungi mineral terlarut dan menyediakan kuasa perubatan serta penyembuhan melalui mandian dan minuman.
Pada masa ini, terdapat lebih seribu perigi di Hungary yang membekalkan air panas dan kebanyakannya digunakan bagi tujuan perubatan.
Terletak di Eropah tengah, Hungary merupakan sebuah negara bersaiz sederhana dalam Kesatuan Eropah dengan jumlah populasi kira-kira 10 juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 18 2018
Kali berkata pada masa ini, terdapat lebih banyak penyertaan daripada syarikat multinasional. --fotoBERNAMA / Fail
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka - KWAP
Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu.
Pelaburan hijau di Asia Tenggara naik 20 peratus tahun ke tahun, tahun lepas - Laporan
Pelaburan hijau di Asia Tenggara meningkat 20 peratus tahun ke tahun kepada AS$6.3 bilion (AS$1=RM4.76) pada 2023 berbanding AS$5.2 bilion pada 2022.
Konflik Israel-Hamas: Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara sokong gencatan senjata - Tinjauan
Lebih 40 peratus penduduk Asia Tenggara percaya masyarakat antarabangsa harus menyokong gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
Asia Tenggara berpotensi keluarkan bahan suapan SAF - Airbus
Rantau ini mempunyai potensi pengeluaran yang besar disebabkan oleh banyaknya bahan suapan selain kewujudan industri biodiesel sedia ada.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Laluan pelancongan dengan memandu suburkan ekonomi pelancongan di Asia Tenggara - Tiong
Laluan yang dicadangkan dalam kaedah ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Aramco sasar operasi runcit di Malaysia, Asia Tenggara
Saudi Aramco berhasrat mengembangkan aktiviti hilirannya di Malaysia sejajar dengan sasaran untuk menjadikan Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor sebagai hab terbesar di Asia Tenggara.