BISNES
Pelaburan Google terus pacu ekonomi AI, perkukuh keselamatan siber - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul mengadakan pertemuan dengan wakil Google bagi membincangkan komitmen syarikat itu dalam memperkukuhkan keselamatan siber dan melabur dalam kemahiran digital. - Foto Facebook Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR: Pelaburan syarikat gergasi teknologi, Google, dijangka terus memacu ekonomi berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan di Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kerajaan komited untuk menyediakan sokongan penuh serta memastikan persekitaran yang kondusif untuk pelaburan berkualiti tinggi seperti Google.
"Terima kasih Google atas kepercayaan berterusan terhadap Malaysia. Bersama-sama kita membina masa depan digital yang lebih cerah," katanya menerusi hantaran di Facebook.
Tengku Zafrul yang kini sedang dalam lawatan kerja ke Washington, Amerika Syarikat, telah mengadakan pertemuan dengan wakil Google bagi membincangkan komitmen syarikat itu dalam memperkukuhkan keselamatan siber dan melabur dalam kemahiran digital.Google sebelum ini mengumumkan pelaburan strategik bernilai RM9.4 bilion bagi mewujudkan Pusat Data dan Wilayah Awan pertama di Malaysia.
Pelaburan itu dijangka menjana impak ekonomi jangka panjang sebanyak RM15.04 bilion serta mewujudkan 26,500 peluang pekerjaan menjelang 2030.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami