awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan syarikat milik Elon Musk menguntungkan negara - PM Anwar

Astro Awani
Astro Awani
21/08/2023
08:23 MYT
Pelaburan syarikat milik Elon Musk menguntungkan negara - PM Anwar
Anwar menafikan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk itu mengabaikan syarikat tempatan kerana terdapat tiga syarikat tempatan terlibat dalam pelaburan yang dibuat Space X. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peluang pelaburan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk bukan bermaksud menafikan peluang kepada syarikat tempatan.
Dalam temu bual bersama CNBC, beliau menjelaskan, segala keistimewaan yang diperolehi oleh Space X dan Tesla pernah dilakukan sebelum ini terutama pelaburan melibatkan IT.
Anwar juga menafikan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat milik Elon Musk itu mengabaikan syarikat tempatan kerana terdapat tiga syarikat tempatan terlibat dalam pelaburan yang dibuat Space X.
"Ini bukan perkara baharu. Ia telah diberikan kepada transformasi digital, untuk aktiviti dan pelaburan melibatkan IT.
"Kami telah lakukan sebelum ini, ia sangat selektif, ia bukan hanya untuk Elon Musk yang saya rasakan satu keperluan untuk memberikan keyakinan dan penglibatan negara ini.
"Yang menarik mengenai Space X, terdapat tiga syarikat tempatan terlibat," katanya.
Mengulas lanjut, perdana menteri menjelaskan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berpendapat kaedah yang digunakan itu lebih menguntung biarpun tidak mempunyai ekuiti.
Jelas beliau, syarikat-syarikat tempatan diberikan peluang untuk mengeluarkan bateri atau bahagian lain yang diperlukan Tesla dan Space X.
"Agak pramatang untuk saya nyatakan kerana mereka sedang mengusahakannya tetapi apa yang penting kami mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan bateri atau bahagian lain yang diperlukan oleh kereta.
"MITI melihat secara keseluruhan proposal tersebut, adalah lebih menguntungkan berbanding 20 hingga 30 peratus ekuiti, itu yang kami lihat.
"Begitu juga dengan Geely-Proton, kerana terdapat bekalan peralatan. Seperti yang saya kata mengenai Space X, terdapat 3 pemain utama di sini.
"Jika Space X ingin beroperasi di sini tanpa sebarang ekuiti, saya berpendapat ia bukan masalah kerana kami mempunyai kapasiti untuk mengeluarkan alat ganti untuk Space X," katanya lagi.
Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc, Elon Musk telah mengadakan perbincangan dengan perdana menteri berhubung pelaburannya di negara ini.
Dalam perbincangan tersebut, Musk dilaporkan menyatakan komitmennya untuk membuka ibu pejabat syarikat berkenaan di Cyberjaya tahun ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Perdana Menteri
#Elon Musk
#Tesla
#Space X
#pelaburan
#ekuiti
#MITI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan