Pelaburan terealisasi Malaysia pada 2012 melepasi sasaran sebanyak 9.1 peratus pada RM139.5 bilion.

Ia berbanding RM127.9 bilion pada 2011.

Bagi pelaburan yang diluluskan, tahun lepas adalah yang paling tinggi pada RM 162 bilion.

Pelaburan domestik menyumbang 78% daripada jumlah pelaburan diluluskan, dengan selebihnya daripada pelaburan asing.

Perkara itu diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semasa mengumumkan prestasi pelaburan bagi 2012 di ibu negara sebentar tadi.