Skip to main content

Politik

PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon dibuka jam 9 Pagi

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menetapkan 28 pusat penamaan calon bagi urusan pencalonan PRN DUN Melaka Ke-16 yang akan berlangsung pada 31 Oktober ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menetapkan 28 pusat penamaan calon bagi urusan pencalonan PRN DUN Melaka Ke-16 yang akan berlangsung pada 31 Oktober ini.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 28 pusat penamaan calon akan dibuka di seluruh Melaka pada 31 Oktober ini bagi urusan penamaan calon Pilihan Raya Negeri Dewan Undangan Negeri Melaka Ke-16.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus berkata, proses penyerahan kertas penamaan calon akan berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 pagi di semua pusat yang telah ditetapkan.

“Kertas penamaan calon hendaklah dikemukakan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di pusat-pusat penamaan calon yang ditetapkan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi,” katanya.

Menurut beliau, kertas penamaan calon boleh dikemukakan oleh calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana individu yang dibenarkan mengikut peraturan yang ditetapkan SPR.

SPR turut menasihatkan bakal calon supaya membuat semakan awal borang penamaan calon dengan pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum hari penamaan calon bagi memastikan semua dokumen lengkap dan mematuhi syarat yang ditetapkan.

Beliau berkata, pembayaran deposit pilihan raya dan deposit bahan kempen juga digalakkan dibuat lebih awal bagi melancarkan proses pencalonan, selain resit pembayaran perlu dibawa sebagai bukti semasa hari penamaan calon.

Bagi calon yang mewakili parti politik, mereka diwajibkan mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti ketika menyerahkan kertas penamaan calon.

SPR turut mengingatkan semua calon dan parti politik agar mematuhi peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta segala arahan yang dikeluarkan oleh SPR, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang proses pilihan raya berlangsung.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan proses penamaan calon dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mematuhi undang-undang yang berkuat kuasa.

Must Watch Video

Advertisement